SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Wednesday, March 14, 2012

Wahai Sahabat, khususnya wanita, dengarlah...


Terdetik dalam hati nak share apa yang dalam forum semalam, bersama Imam Muda Fakhrul dan Catriona Rose (Kak Cat@Ustazah Cat) dengan moderatornya, Ustaz Majid kat AMF Hall, CFS IIUM, Petaling Jaya. Sungguh enak isi yang dikupas oleh dua orang panel ni. Berkenaan 'Cover Your Aurah'. Dalam post ni nak dikongsi banyak perkara, maaf kalau kalian tak paham dan isinya tak menyeluruh, ni pun berdasarkan nota yang diambil yang sempat2 jer. Maaf.
Perkara pertama yang dikongsi oleh ahli panel pertama, Imam Muda Fakhrul berkenaan status dan layanan terhadap wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Beliau menceritakan bagaimana teruk dan hinanya layanan kaum dahulu terhadap wanita, bagaimana mereka amat kesal akan kelahiran bayi perempuan, amat jahatnya mereka perlakukan kepada wanita selepas kematian suami mereka. Yang mulanya, pada zaman kerajaan Babylon, sungguh kaum wanita tak dapat status yang tinggi dan ketidak adilan berlaku. Berdasarkan ajaran Hindu pada zaman tersebut, penciptaan kaum wanita dianggap sebagai kempulan-kempulan komponen yang tak ada guna dan sisa. Pokok pangkalnya, adakah wanita dianggap sedemikian rupa dari sudut pandangan Islam?, sungguh mulia Islam melayani wanita dan mereka mendapat status yang agak tinggi dan boleh dikatakan sama dengan kaum lelaki, dan dalam Al-Quran sendiri ada menerangkan khusus bagi wanita dalam surah An-Nisa'. Yang keduanya, pada zaman Arab Jahiliah, jika dikhabarkan mereka telah muncul dengan kelahiran bayi perempuan, maka disorok yang akhirnya dilayan dengan buruk apabila sudah besar, dan ada jugak segelintir masyarakat pada zaman itu membunuh bayi tersebut hidup, Ingat lagi tak akan kisah Saidin Umar tika beliau dalam jahiliah, kawan2?..Ada suatu hari tu beliau menangis akan jahiliahnya beliau terhadap amalan yang beliau amati pada zaman Jahiliah dahulu, tangisan beliau akan peristiwa pembunuhan hidup-hidup anak perempuan beliau sendiri dengan tangan beliau sendiri. Dengan cara menggali lubang dan diletakkan anak perempuan tersebut dalam lubang dan ditanam hidup2, teringat akan pertanyaan anak perempuan itu kepadanya, makin membuatkan beliau menangis teresak-esak akan keJahilannya pada masa itu, sungguh kepercayaan yang BODOH. Tapi tangisan tersebut diselangi dengan tertawanya beliau akan keBODOHan beliau yang ,memakan Tuhan (sembahan) beliau sendiri pada masa itu, yakni Tuhan Roti. Dalam perjalanan beliau terasa lapar dan terus mencapai roti yang dibawa beliau itu dan memakannya. Sungguh lucu pada masa itu. Itulah tangisan dan gelak ketawa seorang SAIDINA akan zaman Jahiliah beliau dahulu. Diceritakan jugak oleh ahli panel pertama ini dengan bagaimana teruknya amalan pengkebumian masyarakat pada zaman sebelum kedatangan Islam, yakni apabila dikhabarkan akan kematian si suami, maka dimatikan jugak si isteri tersebut yakni dibakar hidup-hidup wanita tersebut bersama-sama si suami tersebut, ataupun sape2 pun berhak ke atas si isteri tersebut, sama ada dibagikan kepada lelaki yang telah memberi hutang kepada si suami tersebut ataupun diberikan kepada si anak, dan diperlakukan si ibu tersebut sama seperti si ayahnya lakukan, sungguh hina! Tetapi khabar yang gembira kepada kaum wanita setelah kedatangan Islam, yakni agam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW, dan jugak agama yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Sungguh mulia wanita dipandang setelah kedatangan Islam. Buktinya, pada zaman sekarang, wanita dah pun diberi keistimewaan pangkat yang tinggi-tinggi dalam sistem pemerintahan dan jugak ekonomi. Di Malaysia khususnya sekarang, Gabenor Malaysia, Zetty Aziz adalah wanita pertama yang memegang jawatan Gabenor, wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada kaum wanita, pejuang agama dan negara pada zaman lingkungan British suatu ketika dahulu (Shamsiah Fakeh), penggiatan kaum wanita dalam pendidikan sehingga munculnya doktor wanita pertama (Isteri Tun Mahathir), wanita pertama yang bekerja di sektor ketenteraan, dan jugak wanita Malaysia pertama yang mendaki puncak Everest. Sungguh menakjubkan. Tetapi ingat kaum wanita, walau setinggi mana pun pangkat dan kelayakan yang kamu ada, kamu mesti taat dan hormat akan suamimu. Ada batas-batasnya.

Pada sesi kedua pula diberikan kepada ahli panel yang kedua, Puan Catriona Rose (Kak Cat), ditanyakan kepada beliau akan kemuliaan wanita muslimah. Beliau mengatakan kemuliaan muslimah terletak pada keimanan, Islam, akhlaq dan tarbiyyah mereka. Sungguh lunas beliau kupaskan akan soalan yang diajukan oleh moderator. Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh beliau, betapa kita sekarang baru sedar akan Islam betul-betul menjaga kemuliaan wanita. Sungguh hebat Al-Quran menerangkan satu demi satu akan layanan Allah pada kaum wanita. Diceritakan jugak oleh beliau akan cerita ketika beliau pulang ke tempat keturunan beliau di England, kisah sepupu beliau yang tak tahu akan halal haram dalam hal berkhalwat, even sepupu sekalipun, tak boleh! Beliau ada jugak menceritakan bagaimana Hidayah Allah bagi kepadanya ketika mak beliau menanyakan akan satu hal, yakni perihal bertudung, pastu terus beliau menyesali akan hal itu, Alhamdulillah Alllah terus menjaganya sehingga sekarang. Itu lah kisah hidayah yang beliau alami. Beliau bertambah terharu akan hal berkaitan pada ketika manusia awal-awal penciptaan, ditanyakan oleh Allah akan 'Siapa Tuhan kamu?', maka dengan mudah pada ketika itu roh kita menjawab 'Engkau lah Tuhan aku...', Allah bertanyakan akan hal itu kerana tak mahu manusia ungkit-ungkit lagi ketika sudah berada di dunia. Beliau berfikir amat panjang akan hal ini. Jika kita selidik balik, kebiasaannya, seseorang akan menerima hidayah ketika beliau menemukan ayat-ayat Al-Quran yang mana memberi efek yang amat dalam snubari mereka, satu lagi ketika seseorang ditimpa bencana. Itulah manusia. Ketika Allah menimpakan bala bencana, barulah manusia kembali kepada Allah.

Begitulah Allah meraikan kedatangan kaum wanita dengan penuh hormat. Walaupun bilangan kaum wanita di dalam neraka begitu ramai, jangan jadikan itu sebagai pemutus semangat untuk kalian terus beristiqamah melakukan amalan baik, insyaAllah Allah akan masukkan kalian ke dalam syurga-Nya. Amiin...=) Ingat, neraka dan syurga adalah hak Allah, bukan kita, kita mohonlah agar ditempatkan di syurga-Nya, malah ditempatkan jugak kaum keluarga kita dan sahabat-sahabat kita di dalm syurga Allah.

Ini salah satu video record yang sempat dirakam:-

Ni time raikan Birthday Isteri Ust Majid:


Imam Muda Berucap:

'Cover your Aurah...just for Allah SWT',
from Amir Asyraf Ramli al-Farouq

No comments:

Post a Comment