SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Tuesday, April 2, 2013

Kesilapan dlm persahabatan


Sekitar jam pukul 1.20pg, 1hb April 2013, sempat menoleh ke arah laptop dan terfikir banyak idea, idea apa la nak update tuk share dgn korg semua. Lpas tu, terfikir la tajuk ni. Eh, esok exam. Xpela, moga dgn perkongsian ini memberkati exam esok. Amiin =)

Berdirilah kita sesama muslim ini sebagaimana terdirinya
bangunan-bangunan gah berdiri ini.
Kita dah terbiasa terlepas pandang akan kesilapan kita terhadap persahabatan kita sesama ahli kita. Siapa ahli kita? Yaitu kawan kita, bukan hanya kawan baik yang perlu dijaga hatinya bahkan kawan yang baru kenal sesaat lepas pun perlu dijaga hatinya.

Kesilapan pertama: Menganggap mereka serba lengkap (kita yang jenis perfectionist)
Sebenarnya kita sering melakukan kesilapan dan memang tak dapat dinafikan kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan dan tak boleh mengelak lagi. Tetapi biarlah kesilapan ini dibatasi terus agar tak berlanjutan jangkitannya kepada kawasan dalam hati kita yang dikenalpasti berpotensi untuk berjangkit. Mereka juga manusia seperti kita dan tak semua antara mereka itu melebihi kita dan juga sama seperti kita. Jika kita hebat dalam kesekian perkara, tak semestinya mereka hebat seperti kita ataupun legi hebat daripada kita. Allah menciptakan kita semua berlainan latar belakang dan kelebihan. Jika kita lelaki, kawan kita itu perempuan dan jika kita Melayu, kawan kita Cina, India atau bangsa lain. Inilah uniknya persahabatan. Ini contoh mudah. Secara kritisnya, kita serba kurang, dan jangan mengandaikan kawan kita lengkap (perfect). Terimalah mereka seadanya. Jika kita menyisihkan mereka, siapa lagi yang akan sukarela mengambilnya, secara adatnya memang tiadalah lagi teman bagi mereka yang kurang ini (bermasalah). Contoh yang boleh diambil kira, si A memang kurang dari segi ingat sesuatu benda sehinggakan asyik terlupa tentang sesuatu peringatan daripada guru/pensyarah yang perlu disampaikan kepada kita, jadi, kita tak seharusnya memarahinya dan meninggalkannya sendirian. Sebaliknya kitalah sebagai pembetulnya dan menjadi kawan sejatinya menasihatinya untuk tidak bersikap begitu untuk masa akan dating dan melatihnya untuk mengingat sesuatu benda bagi mengelakkan orang lain marah kepadanya, itulah kawan.

Kesilapan kedua: Selalu bergantung kepada kawan dari kelompok yang sama
Kebanyakan antara kita dan yang paling jelas kelihatan dalam kalangan perempuan sendiri. Bila nak buat sesuatu ataupun nak pergi mana-mana tempat saja perlu ada kawan yang sama menemani. Salahkah kita kalau menjadikan mereka yang tak biasa dengan kita lagi sebagai peneman kita? Masa inilah masa terbaik untuk kita tambah kawan dan memahami karenah pelbagi latar belakang manusia. Jangan hidup dengan sesame spesies saja, perlu untuk kita selongkar dan bertaaruf dengan makhluk Allah yang lain. Bukan setakat manusia saja kita perlu bertaaruf, bahkan haiwan yang paling teruk perangai dalam kalangan haiwan-haiwan yang paling teruk di dunia sekalipun kita perlu bertaaruf agar kita ini menjadi kuat dan kebal dengan masalah mendatang. Oleh sebab itulah juga jika mengikut system kekebalan (Body immunisation system) memerlukan kita bersentuhan dengan antigen (penyebab penyakit) yang pelbagai untuk badan kita mengenal antigen tersebut dan mencipta antibody melawannya dan juga bersiap siaga untuk antigen spesies sama yang mendatang. Orang yang kebal mempunyai pengalaman hidup yang banyak seninya, bahkan kebanyakan pengalaman-pengalaman tersebut ialah pengalaman yang berbahaya dan mencabar. Jika kita fikir balik kenapa syarat untuk jadi anggota tentera perlu kepada latihan yang banyak dan semuanya mencabar sehinggakan tak cukup tidur untuk beberapa hari. Ini semua latihan kekebalan. Begitu juga dengan kawan, jangan hanya berkawan dengan kelompok yang sama jika kita mahukan kekebalan itu. Kita perlu berhijrah mencari kawan yang lain dan bertaaruf. Mudah, kan?

Kesilapan ketiga: Budaya menegur yang salah dan tak kena tempat
Kau salah! Aku yang betul!... Inilah kesilapan kita. Bukan cara itu yang dianjurkan oleh Islam dan bersesuaian dengan budaya kita pada hari ini. Kerana sebarang kesalahan perlu kepada pembetulan yang sangat-sangat lembut. Contohnya, segelintir dan majoritinya, mereka memandang hina kepada yang melakukan kesalahan tersebut. Berdiam diri dan menunjuk muka hodoh kepadanya. Tak sepatutnya berlaku seperti itu. Susah ke nak senyum atau innocent smile??? Lepas tu, tegur la dengan kelembutan. Kalau tak mampu, carilah kawan kita yang lain untuk mendekatinya, lagi baik jika kita mencari kawan baiknya. Kita ni manusia, mungkin hari ini dia yang melakukan kesilapan tetapi lupakah kita nanti kita pula yang melakukan kesilapan yang sama, malah akan lebih memalukan lagi daripada itu. Ini kuasa Allah SWT bagi mengajar kita bagaimana sepatutnya berakhlaq. Nak kah kita untuk Allah perlakukan kita sedemikian rupa?ونعوذ با لله 

No comments:

Post a Comment