SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Friday, March 23, 2012

Memori pahit di kala DUA EXAM mendatangi

Sungguh sedih hati ini bila meegenangkan memori kita bersama, sahabat. Jasa dan nasihatmu akan kami ingat sama-sama dan kami tak kan putus mendoakan kami. Sahabat, apa khabar kamu di sana?amankah kamu di sana?Perlukah kami turut serta bersama kalian bagi menemanimu?

Sahabat, kami rindukan kamu, tapi apa kan daya, kami tak mampu mengulangi sejarah dan kenangan kita bersama. Kami ingat lagi nasihat-nasihat dan kata-kata hikmah kalian. Paling menyedihkan apabila kalian meninggalkan kami tanpa memberi ucapan yang terakhir dan tanda-tanda. Sahabat, adakah kalian dah jemu bersama kami? Adakah kalian dah tak mahu bersua bersama kami?

Peristiwa EXAM yang pertama...
PMR...Di kala exam mendatangi kami, memberi salam kat kami, memberi kata laluan yang mudah untuk kami menduduki exam PMR 2007. Arwah Faiz, tetap segar di ingatan. "Bayor kaaaaan.....", "aku nak jadi baik doh....", "Amir, gane ea, mak ayah aku mai lewat sket kot...(time temumesra cikgu-ibubapa sebelum exam PMR)"....Kawan, adakah akmu dah tak nak menemani aku dalam dakapan mesramu? Adakah akmu dah lupakan kami? Ataupun kamu dah rancang untuk meninggalkan kami? TIDAK...

Ini semua kehendak Allah, Amir. Ini ujian untuk kalian sebelum tempuhi exam PMR. Inilah testnya, Allah nak uji kalian akan respon kalian terhadap aku di sini. Allah berhak mengambil aku dari dakapan mesra kalian.

Teringat lagi aku tika aku di rumah nenek aku di Kg Surau Panjang, kedengaran ambulans. Pada saat itu aku teringin sangat-sangat nak tahu sape yang accident tuh. Tapi takdir tak menyebelahi aku, hajat aku tuk melihat detik-detik pahit itu tak kesampaian. Motorsikal 135LC dipandunya remuk hancur tak nampak rupa lagi dah. Patah handle motorsikal tu, sungguh mengerikan aku. Sehingga ku trauma buat beberapa hari tuk menunggang motor.
Kawan, maafkan aku, aku tak sempat nak menyembahyangkan jenazahmu. Aku pada waktu itu kesuntukan masa dan confuse dengan jadual pengebumianmu. sungguh takdir tak menyebelahi kita berdua. Kawan, terima kasih kerana menungguku buat kali terakhir, terima kasih atas senyuman wajah jenazahmu. Usiamu pada tika tu baru beberapa tahun (kalau diikotkan pertimbangan menanggung pahala dan dosa). Aku di sini tak lepas-lepas hadiahkan bacaan Yaasin kepadamu di malam harinya dan tak lepas-lepas jua bacaan al-Quran di bibirku ini tika waktu Maghrib menjelma. Kawan, akanku ingat kamu dalam doaku.

Peristiwa berikutnya...
SPM 2009, satu lagi detik yang mnyedihkan. Allah Maha segala-galanya, yang mampu menarik balik apa yang kita pinjam dariNya, mampu mengangkat seseorang dari baringan. Allah, Tuhan kami.
Pagi-pagi hari lagi (hari persekolahan) kami dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan, kematian Arwah Izzudin. Kami lantas bergegas ke rumah beliau untuk ziarahi keluarga beliau. Wajahmu pada tika itu kenampakan tetap senyum, tak ubah dari tika kamu di masa yang normal (hidup). Dari situ Allah dah tunjukkan kamu laah yang Dia sayang, mengambil nyawamu tika usia setahun jagung (usia pertimbangan tanggung dosa dan pahala sendiri-sendiri). Kamu seorang yang periang, seorang yang melucukan, ensem, tampan, pandai amek hati kitorang tika bersama dulu. Tapi itu semua dah menjadi sejarah. Kehilanganmu makin ketara kenampakan kehilangan seamangat kami sebagai calon SPM 2009. Kami terus diam sepanjang hari berikutnya.

Hijjaz- kau Sahabat kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami,
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan,
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan,
Kau sahabatku kau teman sejati.

Tulus ikhlasmu luhur budimu,
Bagai tiada pengganti,
Senyum tawar juga katamu menghiburkan kami,
Memori indah kita bersama terus bersemadi,
Kau sahabtku kau teman sejati.

Sudah ditakdir kau pergi dulu,
Di saat kau masih diperlukan,
Tuhan lebih menyayangi dirimu,
Kupasrah di atas kehendak yang Esa

Ya Allah,
Tempatknnya di tempat yang mulia,
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hambamu,
Sahabatku,
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi.

Perjuangan kita masih jauh beribu batu,
Selagi roh di jasad hidup diteruskan,
Sedih rasanya hati ini mengenangkan dikau,
Bagaikan semalam kau bersam kami.

moga amanlah dan bahagia dikau di sana,
Setangkai doa juga fatihah terus kukirimkan,
Moga di sana kau di sana bersama para solihin
Kau sahabtku kau teman sejati

Mesej

Assalamualaikum, lupa nak cakap semalam, kebetulan jugak semalam line internet problem. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, pejuang Agama ALLAH. semalam ulang tahun Peninggalan Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yasin...Al-Fatihah.....

~~PALESTINE WILL BE FREE~~
*Bersama jayakan PERJUANGAN ISLAM*

Sahabat, Jagalah Aqidahmu...

Tangisan di dalam DOA di Tahajud dalam mengenangkanmu, sahabat:

"Ya Allah, seandainya Engkau dapat menurunkan sekejap Rasulullah di bumi in, turunkanlah. Sungguh aku tak sanggup lagi melihat begitu hancurnya keadaan ummat Rasulullah sekarang, yaitu sahabat aku sendiri. Aku mahu bersama Rasulullah. Aku mahu dakapan Rasulullah. Aku mahu di samping Rasulullah..."

"Ya Allah, di manakah Imam Mahdi yang Engkau janjikan itu? Sungguh aku merindui kehadirannya. Aku merindui keindahan Islam. Aku mahu Hukum-Mu tertegak di bumi ini. Aku tak sanggup lagi melihat kedaan kawan-kawanku dalam kesesatan dan dalam keadaan 'tak tahu Agama'...sungguh aku telah berusaha memperbaiki tetapi bisikan syaitan di telinga mereka lebih hebat dari nasihatku... "

"Ya Allah, di manakah Nabi Isa as yang Engkau janjikan? Bilakah Baginda akan turun? Sungguh aku sangat mahukan pertolongan Baginda, aku tak mampu bangun dengan diri sendiri. Sungguh aku tak mahu lagi melihat ummat Nabi Muhammad digelumi maksiat. Aku tak mampu mengubah mereka melainkan dengan hanya nasihat yang lemah ini..."

"Ya Allah, Ya Rabbana, aku tak memusykilkan kuasa-Mu tetapi aku sekarang sangat-sangat terdesak akan kemahuan untuk melihat kehebatan Islam berkibar lagi..."

Sahabat, kenangkanlah Rasulullah dalam setiap perlakuanmu di setiap langkahmu, di setiap percakapanmu, di setiap tingkah lakumu. Renungkanlah pengorbanan Rasulullah SAW tika ajal Baginda hampir tiba, tika Rasulullah di baringan, tika Rasulullah merasakan saat-saat kematian Baginda, tika Rasulullah merasakan kesakitan kematian...

Sahabat, kenangkanlah jas mak ayahmu di setiap detik perlakuanmu. Ingatlah akan kata-kata mereka dalam setiap tingkah lakumu, nescaya ini akan membantumu untuk tidak berlaku HARAM dalam tingkah lakumu, Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Hidayah kepada makhluknya atas setiap kehendak-Nya, mohonlah pada-Nya akan Hidayah dan kekuatan untuk terus hidup dalam kekuatan Aqidah yang tak terhingga.

Saturday, March 17, 2012

Layan techno!

Jiwa muda tak akan dapat dikalahkan, even kita ni seorang yang berilmu agama, jiwa muda tak dapat dihalang. Tak pe, tak salah pun, ISLAM menghalalkannya=)

video

Friday, March 16, 2012

Islamic Web Clock Widget - Love Allah - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Islamic Web Clock Widget - Love Allah - Alhabib Islamic Web Service and Accessories

Thursday, March 15, 2012

Satu penyesalan...

Terasa down sangat hari ni, bila result math 2 dapat. Geram+tension+taubat+insaf+sesal+terharu, ye jgak la. Entah la, rasanya time exam hari tu da kira ok la, exam dengan tenang, rasa cool jer, rasa tak da la susah sangat, rasa best sangat dapat soalan senang, tapi bila da dapat result hari ni, rasa menyampah plak aku kat aku ni, tu la BERLAGAK sangat time exam, kawan-kawan ada jgak cakap bila da abis exam hari tu, "aku nampak ko rileks jer time jawab.."
Ya Allah, aku nyesal...

warning
This is the first and the last error i made, after this there is no mistake again! REMEMBER...
It's a point to look again what's the causes those make me like this, i don't want the matter like this occur again..Remember ok, Amir!!!!! Open your book, not facebook, blog, twitter, skype, ym!!

Terasa idea nak keluar

Adduh!..
ngantok mak ai...kadang-kadang tu terasa nak tulis something tapi tak dapat idea apa yang nak tulis, kadang-kadang tu excited nak tulis tapi kepala punya bebal, susahnya nak buahkan idea. Itulah kan, bahaya jugak ni. Tak pe lah, pi study!!..hehe
ok, chau!
Assalamualaikum=)

Wednesday, March 14, 2012

Wahai Sahabat, khususnya wanita, dengarlah...


Terdetik dalam hati nak share apa yang dalam forum semalam, bersama Imam Muda Fakhrul dan Catriona Rose (Kak Cat@Ustazah Cat) dengan moderatornya, Ustaz Majid kat AMF Hall, CFS IIUM, Petaling Jaya. Sungguh enak isi yang dikupas oleh dua orang panel ni. Berkenaan 'Cover Your Aurah'. Dalam post ni nak dikongsi banyak perkara, maaf kalau kalian tak paham dan isinya tak menyeluruh, ni pun berdasarkan nota yang diambil yang sempat2 jer. Maaf.
Perkara pertama yang dikongsi oleh ahli panel pertama, Imam Muda Fakhrul berkenaan status dan layanan terhadap wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Beliau menceritakan bagaimana teruk dan hinanya layanan kaum dahulu terhadap wanita, bagaimana mereka amat kesal akan kelahiran bayi perempuan, amat jahatnya mereka perlakukan kepada wanita selepas kematian suami mereka. Yang mulanya, pada zaman kerajaan Babylon, sungguh kaum wanita tak dapat status yang tinggi dan ketidak adilan berlaku. Berdasarkan ajaran Hindu pada zaman tersebut, penciptaan kaum wanita dianggap sebagai kempulan-kempulan komponen yang tak ada guna dan sisa. Pokok pangkalnya, adakah wanita dianggap sedemikian rupa dari sudut pandangan Islam?, sungguh mulia Islam melayani wanita dan mereka mendapat status yang agak tinggi dan boleh dikatakan sama dengan kaum lelaki, dan dalam Al-Quran sendiri ada menerangkan khusus bagi wanita dalam surah An-Nisa'. Yang keduanya, pada zaman Arab Jahiliah, jika dikhabarkan mereka telah muncul dengan kelahiran bayi perempuan, maka disorok yang akhirnya dilayan dengan buruk apabila sudah besar, dan ada jugak segelintir masyarakat pada zaman itu membunuh bayi tersebut hidup, Ingat lagi tak akan kisah Saidin Umar tika beliau dalam jahiliah, kawan2?..Ada suatu hari tu beliau menangis akan jahiliahnya beliau terhadap amalan yang beliau amati pada zaman Jahiliah dahulu, tangisan beliau akan peristiwa pembunuhan hidup-hidup anak perempuan beliau sendiri dengan tangan beliau sendiri. Dengan cara menggali lubang dan diletakkan anak perempuan tersebut dalam lubang dan ditanam hidup2, teringat akan pertanyaan anak perempuan itu kepadanya, makin membuatkan beliau menangis teresak-esak akan keJahilannya pada masa itu, sungguh kepercayaan yang BODOH. Tapi tangisan tersebut diselangi dengan tertawanya beliau akan keBODOHan beliau yang ,memakan Tuhan (sembahan) beliau sendiri pada masa itu, yakni Tuhan Roti. Dalam perjalanan beliau terasa lapar dan terus mencapai roti yang dibawa beliau itu dan memakannya. Sungguh lucu pada masa itu. Itulah tangisan dan gelak ketawa seorang SAIDINA akan zaman Jahiliah beliau dahulu. Diceritakan jugak oleh ahli panel pertama ini dengan bagaimana teruknya amalan pengkebumian masyarakat pada zaman sebelum kedatangan Islam, yakni apabila dikhabarkan akan kematian si suami, maka dimatikan jugak si isteri tersebut yakni dibakar hidup-hidup wanita tersebut bersama-sama si suami tersebut, ataupun sape2 pun berhak ke atas si isteri tersebut, sama ada dibagikan kepada lelaki yang telah memberi hutang kepada si suami tersebut ataupun diberikan kepada si anak, dan diperlakukan si ibu tersebut sama seperti si ayahnya lakukan, sungguh hina! Tetapi khabar yang gembira kepada kaum wanita setelah kedatangan Islam, yakni agam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW, dan jugak agama yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Sungguh mulia wanita dipandang setelah kedatangan Islam. Buktinya, pada zaman sekarang, wanita dah pun diberi keistimewaan pangkat yang tinggi-tinggi dalam sistem pemerintahan dan jugak ekonomi. Di Malaysia khususnya sekarang, Gabenor Malaysia, Zetty Aziz adalah wanita pertama yang memegang jawatan Gabenor, wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada kaum wanita, pejuang agama dan negara pada zaman lingkungan British suatu ketika dahulu (Shamsiah Fakeh), penggiatan kaum wanita dalam pendidikan sehingga munculnya doktor wanita pertama (Isteri Tun Mahathir), wanita pertama yang bekerja di sektor ketenteraan, dan jugak wanita Malaysia pertama yang mendaki puncak Everest. Sungguh menakjubkan. Tetapi ingat kaum wanita, walau setinggi mana pun pangkat dan kelayakan yang kamu ada, kamu mesti taat dan hormat akan suamimu. Ada batas-batasnya.

Pada sesi kedua pula diberikan kepada ahli panel yang kedua, Puan Catriona Rose (Kak Cat), ditanyakan kepada beliau akan kemuliaan wanita muslimah. Beliau mengatakan kemuliaan muslimah terletak pada keimanan, Islam, akhlaq dan tarbiyyah mereka. Sungguh lunas beliau kupaskan akan soalan yang diajukan oleh moderator. Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh beliau, betapa kita sekarang baru sedar akan Islam betul-betul menjaga kemuliaan wanita. Sungguh hebat Al-Quran menerangkan satu demi satu akan layanan Allah pada kaum wanita. Diceritakan jugak oleh beliau akan cerita ketika beliau pulang ke tempat keturunan beliau di England, kisah sepupu beliau yang tak tahu akan halal haram dalam hal berkhalwat, even sepupu sekalipun, tak boleh! Beliau ada jugak menceritakan bagaimana Hidayah Allah bagi kepadanya ketika mak beliau menanyakan akan satu hal, yakni perihal bertudung, pastu terus beliau menyesali akan hal itu, Alhamdulillah Alllah terus menjaganya sehingga sekarang. Itu lah kisah hidayah yang beliau alami. Beliau bertambah terharu akan hal berkaitan pada ketika manusia awal-awal penciptaan, ditanyakan oleh Allah akan 'Siapa Tuhan kamu?', maka dengan mudah pada ketika itu roh kita menjawab 'Engkau lah Tuhan aku...', Allah bertanyakan akan hal itu kerana tak mahu manusia ungkit-ungkit lagi ketika sudah berada di dunia. Beliau berfikir amat panjang akan hal ini. Jika kita selidik balik, kebiasaannya, seseorang akan menerima hidayah ketika beliau menemukan ayat-ayat Al-Quran yang mana memberi efek yang amat dalam snubari mereka, satu lagi ketika seseorang ditimpa bencana. Itulah manusia. Ketika Allah menimpakan bala bencana, barulah manusia kembali kepada Allah.

Begitulah Allah meraikan kedatangan kaum wanita dengan penuh hormat. Walaupun bilangan kaum wanita di dalam neraka begitu ramai, jangan jadikan itu sebagai pemutus semangat untuk kalian terus beristiqamah melakukan amalan baik, insyaAllah Allah akan masukkan kalian ke dalam syurga-Nya. Amiin...=) Ingat, neraka dan syurga adalah hak Allah, bukan kita, kita mohonlah agar ditempatkan di syurga-Nya, malah ditempatkan jugak kaum keluarga kita dan sahabat-sahabat kita di dalm syurga Allah.

Ini salah satu video record yang sempat dirakam:-

Ni time raikan Birthday Isteri Ust Majid:

video

Imam Muda Berucap:
video

'Cover your Aurah...just for Allah SWT',
from Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Saturday, March 10, 2012

KATA KATA MUTIARA 2012 Penuh Makna dan Istimewa

KATA KATA MUTIARA 2012 Penuh Makna dan Istimewa

Terkenang pulak pada zaman kanak-kanak dulu

Sungguh indah zaman kanak-kanak aku
dahulu, sungguh manis kenangan aku dahulu, akankah aku terus menjadi indah di akhir hayatku nanti?, adakah sekarang aku telah indah dengan kawan-kawan yang lain?, akan kah kalian akan menjadi kawan yang akan menyenangkan aku nanti?

Erm...haa, ni kisah aku ngn kawan-kawan, aku ingat lagi nama kawan-kawan aku dulu, yakni Hanif, Paq(safwan-dia la yang paling tua dalam kalangan kami), Dainasi, Sabi, Along, Rizal, Gumber (Awang), Po'ok, Amir n lain-lain. Diorang kebanyakannya kurang dari segi akademik tapi diorang pandai dari segi 'pick up'. Aku hargai diorang, diorang adalah yang terbaik bagi aku, banyak yang dia ajar tentang hidup berdikari dan kreatif. Diorang jugak ajar aku tentang teknologi. Pernah jugak kami bergaduh, biasa la kan yang manis ada jugak sekala sekali pahitnya tapi tak da la memahitkan semua yang manis itu. Sungguh aku hargainya.

Masih ingat lagi aku tika tiap-tiap hari aku dipanggil kat rumah oleh kawan-kawan aku itu, mak aku selalu ingatkan aku jangan sesekali lalai berkawan ngan mereka, mak aku tak larang kawan ngan diorang tapi berhati-hati. Sungguh berhikmah cara mak aku itu, sungguh berkesan pesanan mak aku , dan mungkin jugak doa mak aku tiap-tiap hari. Hampir setiap hari mereka panggil aku menerusi hadapan rumah aku, diorang sangat memahami aku yang diorang tahu yang mak aku tak akan bagi aku kuar rumah sebelum solat Asar dulu, aku akur, diorang pun akur. Diorang respect mak aku. Sampai sekarang.

Petang-petang aku bersama diorang bermain basikal, round-round kampung, reli-reli basikal tapi aku tak pandai pun (rempit), bermain bola dan kadang-kadang tu test power (gaduh)..haha...sungguh bahaya aktiviti ini kan?..huhu

AKU NAK UNDUR BALIK MASA KANAK-KANAK DULU!!!

Friday, March 9, 2012

Perancangan hari esok

Addoiy!..peningnya study bio. Tak sabar la plak menantikan hari esok, after exam bio, da cukup tepu da ni, huh!!..Ni nak gtaw beberapa planning awal kami (roomates) untuk hari esok..Cukup dahsyat perbincangan sehingga terhasil lah satu keputusan yang beres!!hehe...kebetolan plak si Safwan (roomate aku) tak jadi balik umah esok sepertimana yang dye rancang sebelum ni. Pastu kami dah setuju yang kami akan kuar outing esok, nak pi KFC.huhu..sungguh tak sabar nantikan ni, bukan lapar n nak bersiar2 sgt pn, tapi kami nak bersuka ria after exam.
Cukup memeningkan kepala. Tapi si Safwan ni best la dye, 2 paper jer exm ni, tak cam kami, berat, 3 paper kowt.
Tak pe, sabar...Hah, esok oh esok...lambat lagi ke kamu nak menjelma, wahai esok..hehe..Tapi xpe lah, kami tunggu, yang penting BIO ni apa cer dorr?

Tinggal 2 chapters lagi yang tak study (revise ler). X sabar nya, nanti after asar aku nak continues balik chapter 5 n malam ni chapter 6 n buat notes n exercise.. Agak lama study, maklumlah kan benda yang susah. Alhamdulillah exam before this Ok la jgak, paper EAP agak keliru sebab aku careless n math plak 2 soklan yang aku buat sekerat jalan sebab xjumpa penyelesaian..huhu.xpe la, lupekan je lar.....

ESOK!!! BIO! n KFC!hehe

Thursday, March 8, 2012

Who's the enemy and who's the true friend?

Ohh frens,
A true fren cannot be measured by what the distributions they gave to us, but the true fren can be measured by its sincerity n also their patience toward us. Sometimes they're in 'kepala angin' n 'panas baran', both of these things we can't judge them as they're not a true frens, that's WRONG!!

Maybe with this 'panas baran' n 'kepala angin' is the two weaknesses by them. So, as good n understanding fren, we should help n not to judge them with a wrong judgement, that's a not true action. Maybe in their heart there's a lot of beautiful sound musics, only certain person can measure n know that.

But we also need to be concern about the enemy in our life to avoid us to a prey to them. Remember that it's important to know n take note! Sometime they do not show off their badness, but as a normal human being, we can differentiate what's true n wrong in frienship n human ethics.

*Only a short remembrance*

Kenangan kita~

Memang susah nak mencari kawan yang betul-betul baik dengan kita, memang aku akui bahawa sahabat yang aku ada sekarang memang susah untuk aku cari ganti. Sahabat, Tika aku ketawa, tak ada yang ada melainkan kamu semua n tika aku terasa sakit n ditimpa kesusahan engkau lah menemani aku...
Terimalah lagu ini sebagai tanda penghargaan:-

KENANGAN

video

Ni lagu tema kami...

Taubat adalah keutamaan bagi kita...

video

Tuesday, March 6, 2012

Exam tak habis lagi nii...huhu

Kawan2, jom main GAME!haha...
tensionyer..huu..tadi bru j abis exm math 2, agk susa tapi boleh la jawab, yakin n xyakin is equal, not more n less one another. Begitu lah kisah remaja yang agak lalai. Mengapa ek?...urm...=( Exam is exam, game is game, main is main...huuuuuuu~

PES 2012?haha...ni la cara aku n roomates luangkan mase ble da abes exam. Kadan-kadang tu tido, masak sosej n buat air= jamuan..hehe..kadang-kadang tu ada la kawan2 luar datang bilik, tumpang happy. Bilik ni cam ada rahmat plak, ada keberkatan. Itulah ikatan kawan2 aku..Ada kala tu, kawan aku, Aiman, mai datang bilik aku main PES.haha. Sampai malam buta kot!~haha...gempak..kalau aku jadi dye xbalik da bilik, tdo j terus kat cni.

Angry Bird?haha..ni satu lg game BEST! tapi xmain da skrg, da lapuk..tension pn ada main game tu, nak skor xdapat la, apa lar~~

Facebook?haha..wajib tipa2 ari..haha..kadang2 tu saling comment2 plak sesama roomates, kata mengata pun ada..indahnya persahabatan..

Novel?haha..JAMBU!!...laki2 baca novel..hak3..xpe2, rahsia...haa, cakap pasal novel ni, mat su (Sufadhli) n yang lain ada la bg cdngan kat aku, suruh buat novel, tentang CFS IIUM n persahabatan ni. Aku bukan pe, aku xpndai bermadah pujangga pnjang, yang aku mampu, buat blog jer..hehe...So, terwujudlah blog ni, sebagai penghargaan kepada kawan2ku, family aku ni tika aku kat CFS IIUM..=)


Bilakah agaknya kita bersua lagi...*terkenang plak kat zaman skolah rendah~~*

Mengelamun...
Terkenang sejarah zaman sekolah rendah dulu2, aku xpndai pape, selalu diajar kawan2. Main bola, berbasikal, redah hutan (rokk-in Terengganu slam), main buah getah, pelihara ikan sekila (gelama), main usik2, main kejar2 (Tang tujea/Tang ngejor), main cok peng, galah panjang,
main masak2 (dango/dangar) n etc..
Fuhh!dahsyat...

Teringat plak peristiwa study ngn kwn2 time nak exam upsr, kononnya study la kan..Raziman, kawan aku yang paling2 rapat. Sungguh manis kenangan dulu2. . time tu, sampi study pun lam hutan belakang umah dia, macam2 bau ada, kononnya amek feel Back To Nature la katakan..haha..Bau lembu, angsa, ayam n najis2 apa entah..haha..memang sedap kot..erm.....haa! kenangan study ngan awex2 lam bilik darjah.haha..ni yang best ni!..abis study, date la!!..haha..tapi aku malu la~~langsung xspoting, xpandai amek hati awex aku tu..tapi awex ke ek??..eerm..ye la kot~~

tapi apa kan daya, kita ni manusia yang lemah yang xboleh mengubah arus masa yang ligat memutar bak gasing yang aktif berputar.

Jalan-jalan pi Jaya One...

Haa, ni nak citer yang kami 1 roomate slalu pi shopping kat Jaya One, tmpat yang sesuai tuk lepak-lepak, kat mane lagi kan...Shopping Complex lar...tp Jaya One xda la Complex sgt pn.hehehe

ni gambar-gambar yer...














Amboi~ cik abang, siap lambai-lambai tangan lagi.....



















Ni barang yang aku beli..sket jer...hehehe












Hey, bang...hati-hati, sport CHECK! by Pak Guard (Pak Anjang).














Fuhh!...selamat daaa...dah2, kami nak mkn plak ni...hehe