SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Friday, November 23, 2012

[Pengajaran hasil daripada untaian hati usrahku] Kasih dan rindu selama ini kini diluahkan kembali

Jam 6.20 bertolak ke kedai Satay Zul untuk majlis bukak puasa ngan naqib usrah (Abg Luqman) dan kawan2 seusrah yang lain (Khai, Aiman dan Shuhaib). Sekitar jam 8.30mlm sampai di Mahallah Tabari, UIAM Kuantan.  Alhamdulillah, banyak diskusi dan jugak pebualan-perbualan yang dilakukan. Bukan sedap menjadi topik utama dalam post ini tetapi pokok persoalan yang utamnya adalah bagaimana kasih dan rindu tertuai dan jugak diluahkan. Indahnya persahabatan jika kita sama-sama memahami dan melengkapi kehendak antara satu sama lain. Alhamdulillah, kini tertuai dan diluahkan.

[Contoh pertama: Kesabaran oleh seorang naqib untuk anak-anak usrahnya]
Terjadi satu benda yang amat menjadi pengajaran untuk ana dan yang lain yaitu apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba mati, hanya kerana wire battery sedikit longgar. Masa tu jam telah pun menunjukkan pukul 6.40pm. Hanya hati ini memuji Allah dan memohon pengampunan dari-Nya. Hati terdetus satu ungkapan, 'Aku telah berdosa pada-Mu, ya Allah'. Terus jer kereta itu hidup dengan sentuhan tangan ini kat wire Battery itu. Alhamdulillah. Kat sini pengajaran tersampai bila ana sendiri melihat muka yang tak da langsung perasaan hampa olehny (naqib; Abg Luqman). 'Aku pun sepatotnya contohi dia nanti (bila dah jadi naqib untuk adik-adik junior nanti)'. Ya Allah, Aku bersyukur punyai Abg senior (naqib) seperti ini agar aku sentiasa mengingatkan aku akan realiti kehidupan dan hidup di dunia yang sebenar.

[Contoh kedua: Pengorbanan untuk sama-sama berkumpul]
Ditunjukkan oleh dua orang kawan ana, Khai dan Shuhaib. Biarpun masing-masing ada kerja masing yaitu seorang perlu ikuti kuliyyah session dan seorang lagi pulak kena pergi ke program penting; Qasidah, tetapi mereka tetap juga mengambil sedikit masa untuk itu untuk berkumpul dan makan bersama di sebuah kedai makan (Ifthor Jam'ie; Ifthor sama-sama) . Mereka menunjukkan pengorbanan yang baik yang mana menjadi menjadi keterharuan dalam hati ana sebagai ketua Usrah minggu ini. Hope nya minggu seterusnya akan ada lagi keterharuan yang mana akan mengajar ana dan yang lain untuk belajar dengan beberapa invidu dalam usrah ini.

[Contoh ketiga: Perlunya ukhuwwah setiap masa]
Bila kita fikir balik apa perlunya ukhuwwah bila mana kita bersendiri.Atas dasar apakah kita perlukan ukhuwwah itu? Ye, ukhuwwah diperlukan tika saat kita berasakan kesunyian. Mengikut kajian Psikologi oleh pengkaji barat, perempuan lebih kepada percakapan yang banyak (Banyak borak sesama mereka) ketika bertemu dan lelaki pula lebih kepada pertemuan dan sesuatu aktiviti sebagai asbab untuk berkawan (berukhuwwah). Lihatlah di situ pun telah zahir asbabnya (sebab-sebab) perlunya ukhuwwah. Tadi, ana telah lihat bahawa ana dan yang lain-lain tak putus-putus bergurau (attack-feedback-attack) antara satu sama lain tuk mewujudkan suasana yang sedikit riuh dan jugak mewujudkan perkongsian idea antara kami sendiri. Alhamdulillah, jawapan yang ana cari selama ini telah pun mencapai hajat (terjawab).

Lihatlah Rasulullah SAW bersahabat dengan para sahabatnya. Ada yang kuat berguaru dengan Rasulullah SAW sehingga mewujudkan kemarahan kita jika kita berada di tempat Rasulullah SAW, tetapi Rasulullah SAW menyambut gurauan itu dengan  reaksi positif. Adapun masa susah, dikongsikan bersama, yang mana Rasulullah SAW lah yang menjadi tempat pengaduan bagi para sahabat yang lain. Itulah contoh yang perlu kita ikuti untuk mencapai kebahagiaan dalam bersahabat. Alhamdulillah, ana telahpun kini bertambah bilangan kawan (sahabat) untuk berkongsi suka dan duka.
Katakan pada diri:

'Aku suka berkawan'

Satay ayam, daging dan ayam

No comments:

Post a Comment