SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Cerpen berepisod

Siri 18SG-tapi tak da la ganas sangat...
By: Amir Asyraf Ramli al-Farouq
Cerpen panjang Berakhirkah aku di sini

Episod pertama

Akhirku di sini. Inilah prisipku, aku ingin mengakhiri sisa-sisa hidupku dengan benda ni, GENGSTER adalah hidupku, tak ada yang boleh mengawal aku, alangkah seorang yang alim mana pun aku tetap dengan prinsipku. Hidupku bermula di sini…

Teringat aku pada zaman kanak-kanak
Aku tika di bangku sekolah rendah aku dibuli, diperkanakkan oleh abang-abang di sekolah tersebut. Mak ada pesan kat aku, “Min, kalau orang buat jahat kat kite, jangan balas tau, biar Allah aje yang balas…”. Mak aku memang alim, selalu beri ceramah free pagi-pagi, kadang-kadang tu dia pesan jugak kat aku belajar bersungguh-sungguh, kadang-kadang tu dia cakap kat, “Min, kalau Min tak belajar bersungguh-sungguh, Min nak keje apa?Min nak warisi kemiskinan keluarga kita ke?...”. Itu lah aku di usia setahun jagung. Teringat lagi aku kat kawan-kawan aku yang turut bantu abang-abang jahat buli aku, diorang berpakat kenakan aku, diorang kadang suruh aku curi duit tabung kelas dalam meja bendahari kelas aku tu, bendahari tu kalau tak silap namanya, Zakiah binti Aris. Entah macam mana pada suatu hari tu aku terkantoi mencuri, ni pun bukan aku yang nak sangat, ni semua angkara abang-abang jahat tu, aku sedih dengan perlakuan aklu ni. Pada hari tu guru kelas aku panggil aku ke bilik dia, aku pun dengan muka yang tebal depan kawan-kawan, dengan langkah yang agak lambat, aku punmelangkah perlahan-lahan ke bilik dia. Cikgu Salihah namanya. Aku pun disoal dengan pelbagai persoalan, sakitnya telinga ni. First question is, “Amin, Amin tau tak perbuatan ni dosa?”, aku pun dengan mudah menjawab, “Tau, cikgu…”. Lepas tu Cikgu salihah bertanyakan lagi padaku, “Abis tu kenapa Amin buat jugak?”, pas tu aku pun jawab,”Ni semua angkara…..ops!!”. Cikgu Salihah pun dengan reaksi muka yang terkejut lantas menanyakan lagi,” Hah! Apa, Amin?angkara apa?”. Aku dengan gugup dan dengan muka bersalah macam penjenayah kes bunuh menjawab dengan pantas bagi mencover balik apa yang aku cakap tadi,”Eh2, tak2, tak….ada…pape c..ik..gu…”. Cikgu Salihah dengan reaksi yang bertambah musykil dan terkejut lantas mengugut aku, “Amin, Amin nak cikgu telefon mak Amin?”. Lepas tu aku dengan pantas menjawab tanpa memeikirkan apa-apa pun dan dengan teringatkan pesan-pesan mak aku selama ni, aku menjawab dengan nada bunyi terketar-ketar sedikit,” Taak n..a..k cikgu…Amin tak nak mak Amin tahu, nanti makin sedih dia nanti..hukhukhukhuk…”. Aku mengalirkan air mata. “Habis tu kenapa Amin tak nak cerita kat cikgu apa yang berlaku sebenarnya?..Amin kena ingat Amin tu lelaki, kenapa takot nak jawab,Amin?...Amin nak cikgu rotan Amin dulu?Amin nak kena potong tangan dulu baru nak cakap?”,cikgu lagi mengugut aku. Terdetik dalam hatiku, ‘arghhhhh….kenapa dengan aku ni...nak cakap ke tak nak..kalau aku cakap, aku kena belasah plak ngn mamat-mamat tu, tak sanggup aku, diorang ramai’.
         Sss..Tub…tub…tub…tub…tub…Sungguh kuat lantunan rotan dari si cikgu ni. sakitnya! mak!!! Geramnya aku, sampai bila aku nak macam ni? Kenapa aku pengecut? Kenapa aku perlu sorokkan kebenaran? Kenapa aku sanggup tipu mak aku dan cikgu? Diorang tak bersalah. Terfikir sejenak akan hal itu di sebuah tasik yang tak jauhnya jarak dari sekolah aku tu, Sekolah Kebangsaan Seri Menanti. Sekolah yang tersergam indah. Aku menangis lagi buat kali kedua selepas aku disoal oleh Cikgu Salihah tadi. Sungguh kesal akan apa yang aku buat, aku anak orang miskin, anak yatim piatu, mak aku kat rumah tu mak susuan aku, mak ayah aku meninggal dunia sejak aku kecil lagi, ni pun aku baru tahu tahun lepas, selepas mak aku (mak susuan aku) memikirkan tahap umurku yang kian membesar panjang  tetapi dia tak cakap lagi apakah punca kematian mak ayah aku. Mengelamun sejenak…


 Tahun lepas…
Waktu maghrib, aku dan abang-abangku sedang solat berjemaah yang diimami oleh Abang Long. Selepas solat Maghrib, tika makan bersama-sama dengan adik beradik susuan aku, tika aku ingin mencedok lauk yang tersedia di atas meja, terjadi satu tragedy hitam, aku dan Abang Ngah bergaduh setelah aku berselisih pendapat tentang soal kasih sayang. Yang sebenrnya itu hanyalah usikan beliau. Abang Ngah pada tika tu mengatakan kepadaku,”Kau nak tau tak yang mak tak sayangkan kau…mak saying kat kitorang jer.”. Aku teringat lagi pada tika tu aku dengan nada marah menjawab, “Eh!!aku anak mak jugak tau! Mak mesti sayang aku lebih sebab aku yang paling kecik..mak, betol,kan?..” aku kali ni tak nak mengalah dan memohon support dari mak. Mak punpada tika tu tersasul, tika dia tak teringatkan kata-kata yang terkeluar laju tanpa diizinpun mengatakan, “Amin, Amin bukan anak mak…ops!”. Lantas aku dengan muka yang bera bertanya, “mak, apa ni?Amin anak sape, mak?...hukhukhuk.” Lantas mak menggapai aku dengan tang byang belum basuh lagi, dengan bau hanyir ikan singgang lagi. Mak pun terus mendakap aku dengan penuh rasa kesal. Mak membisikkkan aku satu hal tapi pada waktu tu aku da tak pedulikan apa yang diberitahunya. “Amin anak mak yang mak saying, dengar nak, Amin anak mak…Amin jangan risau, walaupun Amin bukan sedarah dengan mak, tapi dalam tubuh Amin sekarang terkandung minuman yangterhasil oleh mak, sayang. Di waktu kecil dulu nenekmu telah mnyerahkan kamu pada mak, sayang…Amin jangan peduli ea apa yang mak tersasul tadi..”. Hinggalah diceritakan kepadaku yang maka ayahku meninggal seamasa aku kecil lagi. Selepas tu, aku terus pergi ke bilikku dan mengunci pintu bilik tu agar tak ada sesape yang akan masuk. Walaupun sayup-sayup suara mak yang memanggilku dari luar bilikku. Terdengar suara mak yang memujukku, “Amin yang mak sayang, makan ea nak, usah kamu pedulikan kata-kata mak tadi nak…”. Lantas aku memekakkan telingaku. Aku tak pedulikan apa yang dikatakan itu, aku dengan pendirianku, takkan mudah-mudah mnyerah kalah pada mak. Aku tahu itu dosa tapi aku tak tahan menanggung pada ketika itu.
Tanpa aku sedari malam sudah pun melabuhkan tirainya, kini siang menanti. Perutku lapar tapi aku mendimkan diri jer daalm bilik aku. Aku tak hiraukan yang lain. Aku bangun tidur, lantas menuju ke bilik air secara senyap, macam bersembunyi dari musuh aje aku masa tu, sungguh bijak taktikku ini. Tapi rancanganku  gagal apabila mak tiba-tiba muncul di depanku sekarang. “arghh!!geramnya…rancanganku gagal!”, detus suara hatiku. Tanpa menghiraukan mak di hadapanku itu, aku menggapai kolah di dalam bilik air, aku ambil wudhu’ dan terus menuju dengan lajunya ke bilik dan mngunci kembali. Aku solat subuh. Sesudah solat, aku mendengar suara mak bertanyakanku yang seakan-akan ayat sindir, “Amin, kamu hidup lagi ea, nak. Alhamdulillah, terkabul jugak doa mak semalam…Amin tak nak pergi sekolah ke, nak?”. Aku dengan makin marah tetapi terdetik suara hati yang tergelak sama dengan ayat sindiran mak tadi, aku tak menghiraukan pertanyaan tu, aku nekad tak nak pergi sekolah lagi dah lepas ni, biar lah apa-apa yang terjadi pun selepas ni, aku nekad!!! Sungguh nekad aku kali ni.
Begitulah keadaan aku selama tiga hari berturut-turut, terperap dalam bilik dan tak menghiraukan langsung akan penghuni rumah tu.


      Tersentak aku dari lamunan. Lama aku berkhayal, tak tersedar aku sekarang dah pukul 3 petang, tiba-tiba aku terasa bimbang akan mak kat rumah, hatiku terdetus, “Eh, macam mana dengan mak aku ni?..aku bimbang kalau-kalau dia suruh Pak Anjang yang carikan aku di sekitar kampong.” Aduh!!sakitnya punggungku.. Aku tersalah duduk dengan gopoh di atas tempat duduk basikal. Terasa pedih yang amat sangat. Maklumlah, aku sebelum ni tak pernah pun dirotan oleh mana-mana orang, mak aku sekalipun. Aduh!!sakit lagi. Kali ni aku tersalah mengayuh dengan laju sebab aku dah mula memikirkan mak kat rumah. Tanpa membuang masa, lantas aku mengayuh dengan selamat dan dengan lajunya.
        Ternampak sayup-sayup kelihatan banglo mak aku tersergam indah di hujung sawah sana. Rumah mak aku memang lain dari yang lain, dah la duk kat kawasan yang paling hujung sekali, tambah pulak rumah cantik melepap! Dulu rumah mak aku biasa dan amat menyedihkan tetapi setelah kehadiran Pak Anjang, ayah saudara abang-abangku (ayah saudara aku jugak la kan)awal tahun ni setelah sekian lama bekerja di negeri orang, impian mak aku untuk hidup senang tercapai. Mak aku sekarang tengah  sibuk-sibuk belajar dan berkursus di bawah tajaan MARA tentang selok-belok perniagaan. Pada peringkat awal permulaan perniagaan, mak aku hanya bekerja di bawah adiknya sendiri, Pak Anjang, tetapi  Mak aku sekarang sebagai pengurus perniagaan kerepek tersohor di Johor ni. Itulah berkat doa kami sekeluarga atas usaha yang kami lakukan. Aku sebagai anak, bangga dengan mak aku!
       Wajah nun jauh tersipu-sipu senyuman manis mak aku. Aku membalasnya dengan lirikan yang panjang juga. Sungguh anggun lagi mak aku tak sebanding pulak dengan umurnya, 45. Dah ramai lelaki yang berumur bertanyakan mak aku akan hal rumah tangga, tetapi mak aku menolak, itupun sebab mereka tak sanggup melihat mak aku hidup miskin sedemikian rupa, tetapi sekarang mereka bersyukur walaupun mak aku menolak mereka, mak aku boleh mengubah hidup dengan bangkit sendiri. Makku menyambutku dengan gembira, aku telah pun bersedia menjawab pertanyaan mak aku yang duk risaukan aku dari tadi. Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, aku dah pun prepare nak jawab sebarang persoalan yang terpancul di bibir mak. Memang betol firasat aku, mak aku bertanyakan soalan yang dah aku terfikir di sepanjang perjalanan tadi yang tak sampai 20 minit. Persoalan yang biasa, “Amin, Amin pergi mana nak, Amin nak lari dari rumah ea?..kalau ye pun nak lari dari rumah, mai la dulu kat rumah ni, kemaskan baju-baju dulu,mintak duit dengan mak dulu ke.  kamu tu mana ada duit pun ank kari jauh2…”, sambil terdengar gelak kecil mak aku singgah di telinga nipis aku ni. Aku pun jawab lah dengan marah dengan suara yang manja. Aku memberitahu yang aku pulang rumah lewat sebab aku melihat suasana kampung setelah penat belajar kat sekolah tadi.

Bersambung...