[Kepada yang terasa, sila berubah]
|
Ingatlah azab neraka nanti kepada yang masih bersifat hasad dengki |
Utusan dari seorang yang dikhianati yang pada mula asalnya sebagai tujuan perkongsian tetapi bagi ana kata-kata dan nasihat di sini akan menjadi pengajaran dan panduan untuk generasi baharu sekarang.
Memang aku hidup pada zaman merdeka,
Tetapi jangan pula fikir aku ini tak tahu akan kisah yang sebenar,
Memang aku hidup pada zaman merdeka,
Tetapi jangan fikir aku melupai kisah yang silam yang telah engkau khianati dulu.
Sungguh indah bahasa dalamm mentarbiyyah diri tetapi lalaikah kita untuk memahami intisari kandungan kata-kata ini. Hidup dibuai dengki amat menyakitkan seseorang yang menjadi mangsa dan jangan kita lupa diri kita yang punyai perasaan dengki itulah sebenarnya lagi sakit dan lebih malang lagi sakit mentalnya. Sebab itulah apabila kita semak balik (study) dan perhatikan (observe) terhadap pelaku khianati atas dasar DENGKI ini sebenarnya dari awal hingga akhir hidupnya tak akan tenang. Tetapi berbeza pula bagi yang menjadi mangsa, dirinya menjadi lebih dan lebih kuat dari sebelumnya hinggalah selamanya hidupnya selagimana dirinya menjadi mangsa dan bertahan untuk itu (sabar).
Persoalan yang perlu diketengahkan adalah lupakah kita bahawa kita akan sengsara juga sepertimana kita dah lakukan kepada seseorang pada sebelumnya? Itulah yang dikatakan akibat atau balasan yang kita peroleh nanti. Dalam ertikata yang kasarnya ialah azab. Suka ana share tentang satu cerita yang mana diharapnya akan menjadi iktibar buat si pembaca post ini.
Ana bahasakan 'aku' untuk cerita ini mewakili dia. Tiada kaitan untuk menghentam seseorang. Ini sebagai peringatan bersama.
........................................................................................................................
|
Hanya cerita durian cukup sudah menjadi bukti ketidakadilannya terhadap keluargaku ini walaupun kamilah yang menjaga kebajikannya selama ini |
Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah bagaimana hinanya pandangan 'darah dagingku' sendiri berlaku jahat dan khianat kepada keluargaku. Memang dahulunya aku mujur dan bernasib baik kerana layanan yang amat baik oleh mereka terhadapku tetapi baru sekarang kisah yang sebenar aku tahu sedikit demi sedikit. Aku terasa hati dan sehingga mengalir air mata ini mengingatkan layanan atuk aku yang mana selalunya melebih-lebihkan cucu-cucunya yang lain (anak-anak kepada anaknya yang kedua itu). Hanya berkisar tentang durian. Memang aku tak harapkan langsung pada durian tersebut, hanya aku harapkan pada masa itu adalah keadilan dan kesaksamaan hak antara aku dan cucu-cucu lain. Apa beza aku dengan mereka? Sehingga aku 'mencuri' durian di kebun atuk aku sendiri tanpa pengetahuannya hanya nak rasa enaknya buah durian yang belum dikorek (dirosakkan) tupai. Aku hanya berhak merasa buah durian yang dah dikorek tupai. Ada satu ketika, aku lempar (buang) balik buah tersebut kerana memang tak boleh makan. Tetapi berbeza pula layanan terhadap cucu-cucunya yang sebelah lagi. Buah durian yang terbaik disimpannya walaupun cucu-cucunya itu langsung tak ingat kampung untuk menjenguknya lam tempoh lebih satu bulan tak balik kampung. Dan juga layanannya terhadap anaknya (mak kepada cucu-cucu kesayangannya itu); semua durian yang dia beri yang terbaik dan elok isinya, tetapi kami hanya diberi dengan durian yang rosak, Alhamdulillah dapat juga kami merasainya walaupun setelah berusaha untuk cari culahan-culahan buah durian yang rosak itu hingga rasa sedikit rasa masam.Takkan dia tak fikir bahawa selama ini aku dan keluarga akulah yang berkebajikan kepadanya; menjaga makanannya (tak beri perutnya kosong), menjaga pemakaiannya (hadiah hari raya) dan juga khidmat kesihatan (menemaninya di sepanjang dia di hospital). Yang peliknya, di mana cucu-cucunya dan jugak anaknya terutamanya pada waktu dia sakit? Tapi berbeza pula pada waktu dia sihat dan punyai kelebihan. Sampai sekarang aku menakwilkan 'kenapakah dia sampai sekarang hanya berfokuskan pada mereka?'. Aku dan ahli keluarga aku yang diibaratkan sampah! Inikah atuk aku? Atau hanya belaan kami?! Jika betullah mereka itu punyai kelebihan, mengapa kelebihan kami tidak pula dia pandang?! Aku memang sakit hati. Ingat, benda ni semua akan berbalik semula tika kita tak sihat dan hampir ajal sampai ke halkum (di bahagian hujung tengkuk). Pada ketika itulah minda hanya tertumpu kepada seseorang yang pernah kita buat khianat. Ingat juga, bukan duit yang membahagiakn tetapi kasih sayang dan kesaksamaan itulah yang membuahkan hasil kebahagiaan! Kita hidup rugi jika hanya berfikiran cetek dan berfikiran 'short-period displacement' yang mana berfikiran jangka pendek. Allah lah yang Maha Penghukum lagi Maha Adil dalam segala sesuatu.
No comments:
Post a Comment