SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Friday, November 2, 2012

Oh Allah, aku berdosa…(Siri 1)


[Tentang Ujian]

Detik berganti detik, tanpa disedari aku dilanda dosa dan noda. Betapa besarnya dosa yang aku dapat rasakan sehingga aku berasa gelap hatiku. Kerana apa, kerana hanya sengaja detikkan hati ini tuk berfikir bahawa Allah itu tak adil. Hati terdetus, ‘Kenapa aku sering tak dapat apa yang aku cita-citakan selama ini (diuji)’. Terdetusnya itu apabila aku citakan keputusan yang tinggi-tinggi (the best, highest and greatest one). Allah. Baru aku ingat bahawa Allah tak suka bila kita tak mensyukuri dengan apa yang ada walau itu kekurangan bagi kita (tak cukup bagi kita). Sedihnya hati ini selepas menyesali akan apa yang aku lakukan sebelum ini. Allah. Engkaulah yang Maha Bijaksana…

“Jika kamu mensyukuri nikmat-Ku, nescaya akan aku tambahkan lagi nikmat-Ku tetapi jika kamu kufur, ingatlah azabku amatlah pedih”-al-Quran

Selesainya tahu sekarang, aku hanya mendambakan diri terima apa jua ujian (padahal hanya tak lepas target. Bukannya ujian sangat pun). Alhamdulillah. Terima kasih lecturer mak, Aisyah dan Dr Munirah atas nasihat selama ini tentang ujian dan kerelaan.

Kata-kata yang nak dikongsikan bersama:
Mak selalu membacakan dalil yang di atas kpd anak-anaknya suatu tika dahulu. Dan sekarang pulak:
“Selalu fikir positif, akan hadirlah benda yang positif itu”

Tak tertinggal juga kata-kata ini…


“Jangan sesekali melawan takdir (kehendak Allah) Allah terhadap kita. Just follow the flow. Nescaya awak akan dapat rasakan nikmat kejayaan”- Lecturer Anatomy (Biomedical Sc), Dr Munirah.

Beberapa gambar yang tertulis kata-kata yang menginsafkan:

Gambar yang pertama



Bersangka baik dan positif dalam setiap hal.


 Gambar yang kedua (Hadith Rasulullah SAW)



Allah akan jaga orang yang jaga hak-Nya.

2 comments: