"Ya Allah, betapa hibanya hati ini mengucapkan Hamdalah (Alhamdulillah) atas kerana syukur pada-Mu. Memang betul,Engkaulah yang Maha Pembolak balik hati ini, yang boleh membolak balikkan hati hamba-Mu atas kehendak-Mu..."
Terkedu hati ni dan rasa ajaibnya bila tiba-tiba malam ni rasa nak pulak contact dia dan nak dengar apa punca dia mintak putus time dulu dan siapa pengganti penghuni hatinya sekarang. Bermulanya dengan mesej dalam FB (Facebook) petang tadi. Itu pun sebab dia tetiba je add aku dan menyatakan hasratnya untuk berkawan balik dengan aku atas ikatan ukhuwwah semata-mata. Aku pun layan la mesej tu. At last, aku buat satu esei (mesej yang penuh psychology katanya..hehe). Dia menangis bila membacanya dan terus reply menyatakan sebab-sebab mengapa semua tu terjadi suatu tika dahulu. Tapi aku tak paham sangat tentang apa yang diceritakan, lantas aku call dia. Then, aku pun tahu bahawa dia betol2 menderita hidup dengan tiada kemaafan dariku selama 2tahun lebih. Padahal dalam diriku tiada ungkapan 'Tak nak maafkan' dalam tempoh yang begitu lama. Ye la kan, sebagai pengikut Mazhab as-Syafie dan jugak selama ni menyatakan Imam Syafie lah salah seorang ulama' ikutan ummat di akhir zaman, aku teringat dan terikut2 dengan amalannya, yakni selalu memaafkan orang lain yang buat salah kat kita dan meminta maaf dari seseorang yang kita buat dosa dan menyakiti hatinya sebelum kita tido, barulah tenang tidur seseorang itu. [amalkan petua Imam Syafie ini jika mahu hidup sentiasa ceria]
Sekian lamanya kami terpisah atas kerana egois hati lelaki aku ini. Selama 2 tahun lebih kami dalam dilema (ayat mudahnya, bergaduh la maksudnya). Hanya kerana aku yang tak boleh terima bahawa dia telah menolak aku sebagai jodohnya. Sungguh kebudak-budakkan masa tu. Aku memang egois, tak menerima kesalahan apa pun dia buat sebelum ini. Sebagai seorang manusia yang lemah dan sentiasa berpaut pada yang Maha Kuasa selalu sebagai The Best Supporter, tak seharusnya bersikap macam itu. Memang, dia telah melakukan kesalahan yang besar, berkaitan soal hati dan perasaan. Bayangkan hati seorang lelaki dipermainkan (tak sesuai pulak ngn perkataan tu. Ok la, dipermainkan > dikelirukan). Dia seorang yang baik. Tak pernah sesekali aku menafikan itu. Dia sungguh baik, tetapi nak buat macam mana, jodoh itu di tangan Allah. Terngiang-ngiang lagi kata-kata dia sebentar tadi,
"Amir memang baik,.... n etc (maaf, tak state'kan pulak panjang-panjang pujiannya tu, ana tak suka ngn pujian sgt), tapi nak buat macam mana, ada lagi yang lebih sesuai untuk Amir. Ada hikmah kan di sebalik ini?".
Aku just tersenyum ngn kata-kata itu. Nak cakap gembira, tak. Nak cakap terkedu (sensitif), tak jugak. Rasakan dua-dua tu?, maybe la kot. hehe
Sungguh unik hubungan persahabatan ini. Tak dijangka dan tak diminta jadi macam ni. Baginya ini sebagai 'CINTA MONYET' pada suatu tika dahulu (zaman pengajian di CFS IIUM; Pusat Asasi UIAM), tapi bagi aku, pada masa tu pemikiranku adalah seperti orang yang dah betol2 matang. Aku hanya fikirkan soal hubungan dan pernikahan, bukannya hubungan dan COUPLE. Aku bukannya jahil tentang Agama, aku tau la jugak hukum-hukum Agama. Sebab tu lah jugak, at certain time, aku share masalah sedikit sebanyak dengan mak (mak aku terlebih jauh pengetahuannya tentang Agama; hampir 30tahun dah menuntut ilmu Agama. Mostly, kaum Hawa di kampung aku yang inginkan kesahihan dalam soal Agama, dialah tempat rujukannya. Dia bukan guru, dia bukan murabbi. Tetapi dialah penguat kaum Hawa di kampung aku dengan Agama. Ihya' Ulumuddin). Mak aku seorang yang spoting, tapi kena cover jugak soalan, bukannya pakai tanya jer direct kat dye. Lebih-lebih lagi law soalan yang berkenaan hubungan kami (CINTA di CFS IIUM dulu). Nakal...
Malu sebenarnya nak gitau kat kalian yang luangkan masa yang panjang tuk baca post ni, tapi jadikan ini sebagai pengajaran. Pengajrannya:
1. Jangan mudah-mudah tuk beremosional
2. Allah tak kan angkat amal seseorang jika kita berkelahi di kalangan sesama muslim lebih dari tiga hari. Ni kan pulak disebabkan benda yang remeh temeh.
3. Jangan cepat-cepat decide 'Dialah jodohku...' tika usia mentah. Memang betol kita perlu merancang masa depan tetapi make sure your age is in true line.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
*Bagi si dia, ni hanya sebagai sebuah cerita tuk dijadikan sebagai pengajaran untuk adik-adik di luar sana tentang percintaan. Sesuaikah mereka untuk bercinta di usia muda? Jawapannya adalah tumpukan dahulu soal pelajaran dan cita-cita. Majukan diri dan berkorbanlah dahulu untuk Agamamu ye, adik-adik yang abg sayangi.
*Ni kalau dia baca post ni, for sure dia menangis dalam riang dan tergelak kadang-kadang. hehe. Maaf ea...
SAHABAT...
Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!
Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!
Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment