Kita diciptakan Allah SWT dengan jiwa yang baik dan nafsu.
Kedua-dua inilah yang menyebabkan manusia dikategorikan sebagai Ciptaan yang
paling mulia di sisi Allah yang mana penciptaan manusia tidak sama seperti
Malaikat yang hanya miliki sifat taqarrub dan patuh kepada Allah dan tidak pula
sama seperti penciptaan iblis yang hanya miliki nafsu yang sentiasa nak lawan
Allah. Manusia miliki kedua-duanya, hebat tak manusia? Hebat. Lagi hebat di
sisi Allah jika hati senantiasa dididik untuk melawan keinginan nafsu yang
membuak-buak, diiringi pula dengan sikap yang baik. ‘Fight with nafsu’ lah kita
dianggap labih hebat. Bukan senang untuk melawan jika kita tak biasa
mentarbiyyah hati kita dengan amalan terpuji. Taqarrub kepada Allah SWT menyebabkan hati kita jinak dengan
amalan yang mulia. Contoh yang terdekat yang boleh diambil, seorang anak yang
senantiasa bersama (rapat) dengan ibubapa, maka hatinya sentiasa jinak untuk
melakukan amalan yang baik (yang disuruh oleh ibubapa). Jadi segala apa yang
Allah perintahkan kepada kita, kita dengan senang hati terus melakukannya tanpa
sebarang bantahan dan persoalan yang memungkinkan kita untuk tidak
melakukannya.
Berikutan jiwa
yang baik dan nafsu inilah manusia dapat untuk berpuas hati ataupun tidak akan
segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Topik hari ini amatlah
sesuai dibincangkan berikutan ramadhan semakin dekat ini. Apa yang sesuainya?
Lihat pula pada setiap kali nak berbuka puasa dan sambutan hari raya. Juadah
berbuka puasa senantiasa lebih sehinggakan tiada lagi ruang yang nak diletakkan
di atas meja. Sungguh banyak sekali. Persiapan Hari Raya pula, dah beli ke baju
raya? Amboi~ sungguh awal tempahan baju raya.
Tergelak pula dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus, “Orang perempuan lebih
teruk dari budak-budak (anak-anak) dari segi persiapan rayanya. Anak-anak tak
beli lagi baju raya. Kita (lelaki; suami) tak beli lagi, tapi dia dah siap dah
dijahitnya baju raya”. Berikutan itu, ramai manakah antara kita yang bersiap sedia
untuk Ramadhan? Untuk beribadah kepada Allah. Dah siap ke checklist amalan yang
hendak dilakukan di Bulan Ramadhan? Macam mana pula khatam al-Quran di bulan
Ramdhan? Sedang Abu Hanifah 60 kali khatam al-Qurannya, bagaimanakah kita? Di
situlah menunjukkan bahawa kita masih di tahap lemah dan tak bersedia untuk
hadapi Ramdhan.
Bukan hanya
Ramadhan untuk kita bersiap sedia, begitu juga bulan-bulan yang lain,
senantiasa bersiap sedia. Contohnya, persiapan untuk hari esok, baik dari segi
amalan Ibadah dan baik juga dari segi persiapan rutin harian. Nabi Muhammad SAW
senantiasa adil membahagikan masanya mengikut sesetengah riwayat ada mengatakan
bahawa dalam setiap hari (24 jam) 1/3 daripanya untuk beribadah kepada Allah,
1/3 daripadanya lagi untuk berdakwah dan 1/3 daripadanya lagi untuk bersama
keluarga. Sungguh bagus pembahagian dan juga persiapan untuk hari esok dan
esoknya oleh Rasulullah SAW. Tiada ruangan sangat pun untuk berleka (lalai;
lagha) bagi Rasulullah SAW, jadi, sebagai umat yang mahukan syafaat daripadanya
dan juga nak juga dimasukkan Allah ke dalam syurga, maka lakukan juga seperti
Rasulullah SAW. Tiada nafsu yang dilepaskan dengan batil melainkan kepada yang
Haqq.
No comments:
Post a Comment