SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Monday, April 16, 2012

Terkenang pulak pada zaman kanak-kanak dulu

Sungguh indah zaman kanak-kanak aku dahulu, sungguh manis kenangan aku dahulu, akankah aku terus menjadi indah di akhir hayatku nanti?, adakah sekarang aku telah indah dengan kawan-kawan yang lain?, akan kah kalian akan menjadi kawan yang akan menyenangkan aku nanti?

Erm...haa, ni kisah aku ngn kawan-kawan, aku ingat lagi nama kawan-kawan aku dulu, yakni Hanif, Paq(safwan-dia la yang paling tua dalam kalangan kami), Dainasi, Sabi, Along, Rizal, Gumber (Awang), Po'ok, Amir n lain-lain. Diorang kebanyakannya kurang dari segi akademik tapi diorang pandai dari segi 'pick up'. Aku hargai diorang, diorang adalah yang terbaik bagi aku, banyak yang dia ajar tentang hidup berdikari dan kreatif. Diorang jugak ajar aku tentang teknologi. Pernah jugak kami bergaduh, biasa la kan yang manis ada jugak sekala sekali pahitnya tapi tak da la memahitkan semua yang manis itu. Sungguh aku hargainya.

Masih ingat lagi aku tika tiap-tiap hari aku dipanggil kat rumah oleh kawan-kawan aku itu, mak aku selalu ingatkan aku jangan sesekali lalai berkawan ngan mereka, mak aku tak larang kawan ngan diorang tapi berhati-hati. Sungguh berhikmah cara mak aku itu, sungguh berkesan pesanan mak aku , dan mungkin jugak doa mak aku tiap-tiap hari. Hampir setiap hari mereka panggil aku menerusi hadapan rumah aku, diorang sangat memahami aku yang diorang tahu yang mak aku tak akan bagi aku kuar rumah sebelum solat Asar dulu, aku akur, diorang pun akur. Diorang respect mak aku. Sampai sekarang.

Petang-petang aku bersama diorang bermain basikal, round-round kampung, reli-reli basikal tapi aku tak pandai pun (rempit), bermain bola dan kadang-kadang tu test power (gaduh)..haha...sungguh bahaya aktiviti ini kan?..huhu

No comments:

Post a Comment