SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Monday, April 30, 2012

Mom, HAPPY MOTHER's DAY!


HAPPY MOTHER's DAY! : Aku sekarang baru nak bangun balik sepertimana terjadi semasa sekolah rendah dulu. Aku tak dilayan SPECIAL oleh guru2, guru besar lagi la. Aku rasa sangat2 kecil hati. Dalam hati aku memang dengki dengan budak pandai. Ada jugak yang berLAGAK tapi inilah ujian padaku. Aku sentiasa tunduk kpd mereka sehingga keputusan UPSR diumumkan. Hatiku sungguh sayu. Aku dulu dengan diam2 buat perubahan sehingga time nak masuk U cikgu sekolah rendah rasa kehairanan atas kecemerlangan yang aku cipta. Alhamdulillah... Aku bgn dari terlena ini disebabkan kesedaran dari keluarga. Sekarang ni pun aku diuji dengan budak2 pandai kat sini n ada jugak yang berlagak n tak tahu apa kelemahanku serta mereka mengejek aku sambil memburukkan perilaku aku (diorang cakap aku malas, tapi apakah diorang tahu tentang TAHAJUDKU dan waktu studyku?). Aku sedih...Memang result midsem aku tak seelok ngn diorang tetapi at least aku dah usaha. Dan nantikan aku di menara gading dan menjdai orang yang berjaya sepertimana aku buktikan pada kawan2 lama aku sewaktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Kata orang, "Sejarah mungkin berulang...". Tetapi bagi aku, "Sejarah memang berulang...". Tak apa lah, asalkan aku tak down sangat..."Ya Allah, tabahkanlah hatiku ini sepertimana aku diuji semasa sekolah2 dulu..."- Amir Asyraf Ramli Al-Farouq

I WANNA BE A PHARMACIST, just for my mother and father (Niat untuk ambil MEDICAL dengan rela hati aku lepaskan...demi nak hadiahkan pada mak, KAMARIAH ABU HASAN)

"Mak sebenarnya kurang sket (kurang suke) kalau amir amek MEDIC, mak lebih kepada PHARMACY"

Mak ayah
Renungan: Mungkin naluri mak aku berkata sesuatu akan kekuatanku=) Kadang2 aku tergelak sorang2 dan memikirkan sesuatu. "Memang betol naluri mak aku. Macam mana lah nak jadi doktor kalau diri sendiri pun tak kuat dan tak boleh kalau tak cukup tidur?hehe...All is about MY WEAKNESSES. TQ, mom

Monday, April 16, 2012

Terkenang pulak pada zaman kanak-kanak dulu

Sungguh indah zaman kanak-kanak aku dahulu, sungguh manis kenangan aku dahulu, akankah aku terus menjadi indah di akhir hayatku nanti?, adakah sekarang aku telah indah dengan kawan-kawan yang lain?, akan kah kalian akan menjadi kawan yang akan menyenangkan aku nanti?

Erm...haa, ni kisah aku ngn kawan-kawan, aku ingat lagi nama kawan-kawan aku dulu, yakni Hanif, Paq(safwan-dia la yang paling tua dalam kalangan kami), Dainasi, Sabi, Along, Rizal, Gumber (Awang), Po'ok, Amir n lain-lain. Diorang kebanyakannya kurang dari segi akademik tapi diorang pandai dari segi 'pick up'. Aku hargai diorang, diorang adalah yang terbaik bagi aku, banyak yang dia ajar tentang hidup berdikari dan kreatif. Diorang jugak ajar aku tentang teknologi. Pernah jugak kami bergaduh, biasa la kan yang manis ada jugak sekala sekali pahitnya tapi tak da la memahitkan semua yang manis itu. Sungguh aku hargainya.

Masih ingat lagi aku tika tiap-tiap hari aku dipanggil kat rumah oleh kawan-kawan aku itu, mak aku selalu ingatkan aku jangan sesekali lalai berkawan ngan mereka, mak aku tak larang kawan ngan diorang tapi berhati-hati. Sungguh berhikmah cara mak aku itu, sungguh berkesan pesanan mak aku , dan mungkin jugak doa mak aku tiap-tiap hari. Hampir setiap hari mereka panggil aku menerusi hadapan rumah aku, diorang sangat memahami aku yang diorang tahu yang mak aku tak akan bagi aku kuar rumah sebelum solat Asar dulu, aku akur, diorang pun akur. Diorang respect mak aku. Sampai sekarang.

Petang-petang aku bersama diorang bermain basikal, round-round kampung, reli-reli basikal tapi aku tak pandai pun (rempit), bermain bola dan kadang-kadang tu test power (gaduh)..haha...sungguh bahaya aktiviti ini kan?..huhu

Wahai Sahabat, khususnya wanita, dengarlah...

Terdetik dalam hati nak share apa yang dalam forum semalam, bersama Imam Muda Fakhrul dan Catriona Rose (Kak Cat@Ustazah Cat) dengan moderatornya, Ustaz Majid kat AMF Hall, CFS IIUM, Petaling Jaya. Sungguh enak isi yang dikupas oleh dua orang panel ni. Berkenaan 'Cover Your Aurah'. Dalam post ni nak dikongsi banyak perkara, maaf kalau kalian tak paham dan isinya tak menyeluruh, ni pun berdasarkan nota yang diambil yang sempat2 jer. Maaf.
Perkara pertama yang dikongsi oleh ahli panel pertama, Imam Muda Fakhrul berkenaan status dan layanan terhadap wanita sebelum dan selepas kedatangan Islam. Beliau menceritakan bagaimana teruk dan hinanya layanan kaum dahulu terhadap wanita, bagaimana mereka amat kesal akan kelahiran bayi perempuan, amat jahatnya mereka perlakukan kepada wanita selepas kematian suami mereka. Yang mulanya, pada zaman kerajaan Babylon, sungguh kaum wanita tak dapat status yang tinggi dan ketidak adilan berlaku. Berdasarkan ajaran Hindu pada zaman tersebut, penciptaan kaum wanita dianggap sebagai kempulan-kempulan komponen yang tak ada guna dan sisa. Pokok pangkalnya, adakah wanita dianggap sedemikian rupa dari sudut pandangan Islam?, sungguh mulia Islam melayani wanita dan mereka mendapat status yang agak tinggi dan boleh dikatakan sama dengan kaum lelaki, dan dalam Al-Quran sendiri ada menerangkan khusus bagi wanita dalam surah An-Nisa'. Yang keduanya, pada zaman Arab Jahiliah, jika dikhabarkan mereka telah muncul dengan kelahiran bayi perempuan, maka disorok yang akhirnya dilayan dengan buruk apabila sudah besar, dan ada jugak segelintir masyarakat pada zaman itu membunuh bayi tersebut hidup, Ingat lagi tak akan kisah Saidin Umar tika beliau dalam jahiliah, kawan2?..Ada suatu hari tu beliau menangis akan jahiliahnya beliau terhadap amalan yang beliau amati pada zaman Jahiliah dahulu, tangisan beliau akan peristiwa pembunuhan hidup-hidup anak perempuan beliau sendiri dengan tangan beliau sendiri. Dengan cara menggali lubang dan diletakkan anak perempuan tersebut dalam lubang dan ditanam hidup2, teringat akan pertanyaan anak perempuan itu kepadanya, makin membuatkan beliau menangis teresak-esak akan keJahilannya pada masa itu, sungguh kepercayaan yang BODOH. Tapi tangisan tersebut diselangi dengan tertawanya beliau akan keBODOHan beliau yang ,memakan Tuhan (sembahan) beliau sendiri pada masa itu, yakni Tuhan Roti. Dalam perjalanan beliau terasa lapar dan terus mencapai roti yang dibawa beliau itu dan memakannya. Sungguh lucu pada masa itu. Itulah tangisan dan gelak ketawa seorang SAIDINA akan zaman Jahiliah beliau dahulu. Diceritakan jugak oleh ahli panel pertama ini dengan bagaimana teruknya amalan pengkebumian masyarakat pada zaman sebelum kedatangan Islam, yakni apabila dikhabarkan akan kematian si suami, maka dimatikan jugak si isteri tersebut yakni dibakar hidup-hidup wanita tersebut bersama-sama si suami tersebut, ataupun sape2 pun ber4hak ke atas si isteri tersebut, sama ada dibagikan kepada lelaki yang telah memberi hutang kepada si suami tersebut ataupun diberikan kepada si anak, dan diperlakukan si ibu tersebut sama seperti si ayahnya lakukan, sungguh hina! Tetapi khabar yang gembira kepada kaum wanita setelah kedatangan Islam, yakni agam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW, dan jugak agama yang satu-satunya diredhai Allah SWT. Sungguh mulia wanita dipandang setelah kedatangan Islam. Buktinya, pada zaman sekarang, wanita dah pun diberi keistimewaan pangkat yang tinggi-tinggi dalam sistem pemerintahan dan jugak ekonomi. Di Malaysia khususnya sekarang, Gabenor Malaysia, Zetty Aziz adalah wanita pertama yang memegang jawatan Gabenor, wakil-wakil rakyat yang terdiri daripada kaum wanita, pejuang agama dan negara pada zaman lingkungan British suatu ketika dahulu (Shamsiah Fakeh), penggiatan kaum wanita dalam pendidikan sehingga munculnya doktor wanita pertama (Isteri Tun Mahathir), wanita pertama yang bekerja di sektor ketenteraan, dan jugak wanita Malaysia pertama yang mendaki puncak Everest. Sungguh menakjubkan. Tetapi ingat kaum wanita, walau setinggi mana pun pangkat dan kelayakan yang kamu ada, kamu mesti taat dan hormat akan suamimu. Ada batas-batasnya.

Pada sesi kedua pula diberikan kepada ahli panel yang kedua, Puan Catriona Rose (Kak Cat), ditanyakan kepada beliau akan kemuliaan wanita muslimah. Beliau mengatakan kemuliaan muslimah terletak pada keimanan, Islam, akhlaq dan tarbiyyah mereka. Sungguh lunas beliau kupaskan akan soalan yang diajukan oleh moderator. Berdasarkan fakta-fakta yang diberikan oleh beliau, betapa kita sekarang baru sedar akan Islam betul-betul menjaga kemuliaan wanita. Sungguh hebat Al-Quran menerangkan satu demi satu akan layanan allah pada kaum wanita.

Wednesday, April 11, 2012

Jangan bersedih, wahai sahabatku...


"La Tahzan, zikrullah"-Ustaz Zahazan

Sahabat, jangan kamu bersedih. Jika kamu bersedih, itu tandanya kamu meragui pertolongan Allah SWT. Jika kamu bersedih, itu bermakna bahawa kamu tak mensyukuri nikmat apa yang Allah turunkan selama ini. Jika kamu bersedih, itu tandanya kamu tak redha akan apa yang berlaku. Memang menjadi fitrah dan lumrah alam bersedih jika ada suatu perkara yang buruk berlaku terhadap kita tetapi ingatlah jangan sesekali kamu meratapi (terlampau-lampau sedih akan hal kesedihan itu)...fikirkanlah, wahai teman=)