SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Tuesday, April 2, 2013

Kesilapan dlm persahabatan


Sekitar jam pukul 1.20pg, 1hb April 2013, sempat menoleh ke arah laptop dan terfikir banyak idea, idea apa la nak update tuk share dgn korg semua. Lpas tu, terfikir la tajuk ni. Eh, esok exam. Xpela, moga dgn perkongsian ini memberkati exam esok. Amiin =)

Berdirilah kita sesama muslim ini sebagaimana terdirinya
bangunan-bangunan gah berdiri ini.
Kita dah terbiasa terlepas pandang akan kesilapan kita terhadap persahabatan kita sesama ahli kita. Siapa ahli kita? Yaitu kawan kita, bukan hanya kawan baik yang perlu dijaga hatinya bahkan kawan yang baru kenal sesaat lepas pun perlu dijaga hatinya.

Kesilapan pertama: Menganggap mereka serba lengkap (kita yang jenis perfectionist)
Sebenarnya kita sering melakukan kesilapan dan memang tak dapat dinafikan kita sebagai manusia sering melakukan kesilapan dan tak boleh mengelak lagi. Tetapi biarlah kesilapan ini dibatasi terus agar tak berlanjutan jangkitannya kepada kawasan dalam hati kita yang dikenalpasti berpotensi untuk berjangkit. Mereka juga manusia seperti kita dan tak semua antara mereka itu melebihi kita dan juga sama seperti kita. Jika kita hebat dalam kesekian perkara, tak semestinya mereka hebat seperti kita ataupun legi hebat daripada kita. Allah menciptakan kita semua berlainan latar belakang dan kelebihan. Jika kita lelaki, kawan kita itu perempuan dan jika kita Melayu, kawan kita Cina, India atau bangsa lain. Inilah uniknya persahabatan. Ini contoh mudah. Secara kritisnya, kita serba kurang, dan jangan mengandaikan kawan kita lengkap (perfect). Terimalah mereka seadanya. Jika kita menyisihkan mereka, siapa lagi yang akan sukarela mengambilnya, secara adatnya memang tiadalah lagi teman bagi mereka yang kurang ini (bermasalah). Contoh yang boleh diambil kira, si A memang kurang dari segi ingat sesuatu benda sehinggakan asyik terlupa tentang sesuatu peringatan daripada guru/pensyarah yang perlu disampaikan kepada kita, jadi, kita tak seharusnya memarahinya dan meninggalkannya sendirian. Sebaliknya kitalah sebagai pembetulnya dan menjadi kawan sejatinya menasihatinya untuk tidak bersikap begitu untuk masa akan dating dan melatihnya untuk mengingat sesuatu benda bagi mengelakkan orang lain marah kepadanya, itulah kawan.

Kesilapan kedua: Selalu bergantung kepada kawan dari kelompok yang sama
Kebanyakan antara kita dan yang paling jelas kelihatan dalam kalangan perempuan sendiri. Bila nak buat sesuatu ataupun nak pergi mana-mana tempat saja perlu ada kawan yang sama menemani. Salahkah kita kalau menjadikan mereka yang tak biasa dengan kita lagi sebagai peneman kita? Masa inilah masa terbaik untuk kita tambah kawan dan memahami karenah pelbagi latar belakang manusia. Jangan hidup dengan sesame spesies saja, perlu untuk kita selongkar dan bertaaruf dengan makhluk Allah yang lain. Bukan setakat manusia saja kita perlu bertaaruf, bahkan haiwan yang paling teruk perangai dalam kalangan haiwan-haiwan yang paling teruk di dunia sekalipun kita perlu bertaaruf agar kita ini menjadi kuat dan kebal dengan masalah mendatang. Oleh sebab itulah juga jika mengikut system kekebalan (Body immunisation system) memerlukan kita bersentuhan dengan antigen (penyebab penyakit) yang pelbagai untuk badan kita mengenal antigen tersebut dan mencipta antibody melawannya dan juga bersiap siaga untuk antigen spesies sama yang mendatang. Orang yang kebal mempunyai pengalaman hidup yang banyak seninya, bahkan kebanyakan pengalaman-pengalaman tersebut ialah pengalaman yang berbahaya dan mencabar. Jika kita fikir balik kenapa syarat untuk jadi anggota tentera perlu kepada latihan yang banyak dan semuanya mencabar sehinggakan tak cukup tidur untuk beberapa hari. Ini semua latihan kekebalan. Begitu juga dengan kawan, jangan hanya berkawan dengan kelompok yang sama jika kita mahukan kekebalan itu. Kita perlu berhijrah mencari kawan yang lain dan bertaaruf. Mudah, kan?

Kesilapan ketiga: Budaya menegur yang salah dan tak kena tempat
Kau salah! Aku yang betul!... Inilah kesilapan kita. Bukan cara itu yang dianjurkan oleh Islam dan bersesuaian dengan budaya kita pada hari ini. Kerana sebarang kesalahan perlu kepada pembetulan yang sangat-sangat lembut. Contohnya, segelintir dan majoritinya, mereka memandang hina kepada yang melakukan kesalahan tersebut. Berdiam diri dan menunjuk muka hodoh kepadanya. Tak sepatutnya berlaku seperti itu. Susah ke nak senyum atau innocent smile??? Lepas tu, tegur la dengan kelembutan. Kalau tak mampu, carilah kawan kita yang lain untuk mendekatinya, lagi baik jika kita mencari kawan baiknya. Kita ni manusia, mungkin hari ini dia yang melakukan kesilapan tetapi lupakah kita nanti kita pula yang melakukan kesilapan yang sama, malah akan lebih memalukan lagi daripada itu. Ini kuasa Allah SWT bagi mengajar kita bagaimana sepatutnya berakhlaq. Nak kah kita untuk Allah perlakukan kita sedemikian rupa?ونعوذ با لله 

Sunday, February 3, 2013

Makan berjemaah kunci ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.


“Makan berjemaah, itu petuanya”- kata ibuku

Memang kita dah sedia maklum bahwa apa-apa dilakukan secara berjemaah akan membuahkan hasil y lumayan dari segi keakraban dan nilai-nilai ukhuwwah dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi dalam isu ini ditujukan khas kepada group keluarga sebagai targeted group. Makan berjemaah bukannya diertikan sama seperti solat berjemaah, tetapi diertikan sebagai makan secara beramai-ramai antara sesame ahli keluarga.Maka dari situ akan berlaku:
-Bincang masalah
-Sharing cter2 menarik
-Bincang isu
-Elak drp masalah besar; social n zina.

Saturday, November 24, 2012

Aku pada zaman merdeka

[Kepada yang terasa, sila berubah]
Ingatlah azab neraka nanti kepada yang masih
bersifat hasad dengki
Utusan dari seorang yang dikhianati yang pada mula asalnya sebagai tujuan perkongsian tetapi bagi ana kata-kata dan nasihat di sini akan menjadi pengajaran dan panduan untuk generasi baharu sekarang.

Memang aku hidup pada zaman merdeka,
Tetapi jangan pula fikir aku ini tak tahu akan kisah yang sebenar,
Memang aku hidup pada zaman merdeka,
Tetapi jangan fikir aku melupai kisah yang silam yang telah engkau khianati dulu.

Sungguh indah bahasa dalamm mentarbiyyah diri tetapi lalaikah kita untuk memahami intisari kandungan kata-kata ini. Hidup dibuai dengki amat menyakitkan seseorang yang menjadi mangsa dan jangan kita lupa diri kita yang punyai perasaan dengki itulah sebenarnya lagi sakit dan lebih malang lagi sakit mentalnya. Sebab itulah apabila kita semak balik (study) dan perhatikan (observe) terhadap pelaku khianati atas dasar DENGKI ini sebenarnya dari awal hingga akhir hidupnya tak akan tenang. Tetapi berbeza pula bagi yang menjadi mangsa, dirinya menjadi lebih dan lebih kuat dari sebelumnya hinggalah selamanya hidupnya selagimana dirinya menjadi mangsa dan bertahan untuk itu (sabar).

Persoalan yang perlu diketengahkan adalah lupakah kita bahawa kita akan sengsara juga sepertimana kita dah lakukan kepada seseorang pada sebelumnya? Itulah yang dikatakan akibat atau balasan yang kita peroleh nanti. Dalam ertikata yang kasarnya ialah azab. Suka ana share tentang satu cerita yang mana diharapnya akan menjadi iktibar buat si pembaca post ini. Ana bahasakan 'aku' untuk cerita ini mewakili dia. Tiada kaitan untuk menghentam seseorang. Ini sebagai peringatan bersama.
........................................................................................................................

Hanya cerita durian cukup sudah menjadi bukti
ketidakadilannya terhadap keluargaku ini
walaupun kamilah yang menjaga kebajikannya
selama ini
Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah bagaimana hinanya pandangan 'darah dagingku' sendiri berlaku jahat dan khianat kepada keluargaku. Memang dahulunya aku mujur dan bernasib baik kerana layanan yang amat baik oleh mereka terhadapku tetapi baru sekarang kisah yang sebenar aku tahu sedikit demi sedikit. Aku terasa hati dan sehingga mengalir air mata ini mengingatkan layanan atuk aku yang mana selalunya melebih-lebihkan cucu-cucunya yang lain (anak-anak kepada anaknya yang kedua itu). Hanya berkisar tentang durian. Memang aku tak harapkan langsung pada durian tersebut, hanya aku harapkan pada masa itu adalah keadilan dan kesaksamaan hak antara aku dan cucu-cucu lain. Apa beza aku dengan mereka? Sehingga aku 'mencuri' durian di kebun atuk aku sendiri tanpa pengetahuannya hanya nak rasa enaknya buah durian yang belum dikorek (dirosakkan) tupai. Aku hanya berhak merasa buah durian yang dah dikorek tupai. Ada satu ketika, aku lempar (buang) balik buah tersebut kerana memang tak boleh makan. Tetapi berbeza pula layanan terhadap cucu-cucunya yang sebelah lagi. Buah durian yang terbaik disimpannya walaupun cucu-cucunya itu langsung tak ingat kampung untuk menjenguknya lam tempoh lebih satu bulan tak balik kampung. Dan juga layanannya terhadap anaknya (mak kepada cucu-cucu kesayangannya itu); semua durian yang dia beri yang terbaik dan elok isinya, tetapi kami hanya diberi dengan durian yang rosak, Alhamdulillah dapat juga kami merasainya walaupun setelah berusaha untuk cari culahan-culahan buah durian yang rosak itu hingga rasa sedikit rasa masam.Takkan dia tak fikir bahawa selama ini aku dan keluarga akulah yang berkebajikan kepadanya; menjaga makanannya (tak beri perutnya kosong), menjaga pemakaiannya (hadiah hari raya) dan juga khidmat kesihatan (menemaninya di sepanjang dia di hospital). Yang peliknya, di mana cucu-cucunya dan jugak anaknya terutamanya pada waktu dia sakit? Tapi berbeza pula pada waktu dia sihat dan punyai kelebihan. Sampai sekarang aku menakwilkan 'kenapakah dia sampai sekarang hanya berfokuskan pada mereka?'. Aku dan ahli keluarga aku yang diibaratkan sampah! Inikah atuk aku? Atau hanya belaan kami?! Jika betullah mereka itu punyai kelebihan, mengapa kelebihan kami tidak pula dia pandang?! Aku memang sakit hati. Ingat, benda ni semua akan berbalik semula tika kita tak sihat dan hampir ajal sampai ke halkum (di bahagian hujung tengkuk). Pada ketika itulah minda hanya tertumpu kepada seseorang yang pernah kita buat khianat. Ingat juga, bukan duit yang membahagiakn tetapi kasih sayang dan kesaksamaan itulah yang membuahkan hasil kebahagiaan! Kita hidup rugi jika hanya berfikiran cetek dan berfikiran 'short-period displacement' yang mana berfikiran jangka pendek. Allah lah yang Maha Penghukum lagi Maha Adil dalam segala sesuatu.

Friday, November 23, 2012

[Pengajaran hasil daripada untaian hati usrahku] Kasih dan rindu selama ini kini diluahkan kembali

Jam 6.20 bertolak ke kedai Satay Zul untuk majlis bukak puasa ngan naqib usrah (Abg Luqman) dan kawan2 seusrah yang lain (Khai, Aiman dan Shuhaib). Sekitar jam 8.30mlm sampai di Mahallah Tabari, UIAM Kuantan.  Alhamdulillah, banyak diskusi dan jugak pebualan-perbualan yang dilakukan. Bukan sedap menjadi topik utama dalam post ini tetapi pokok persoalan yang utamnya adalah bagaimana kasih dan rindu tertuai dan jugak diluahkan. Indahnya persahabatan jika kita sama-sama memahami dan melengkapi kehendak antara satu sama lain. Alhamdulillah, kini tertuai dan diluahkan.

[Contoh pertama: Kesabaran oleh seorang naqib untuk anak-anak usrahnya]
Terjadi satu benda yang amat menjadi pengajaran untuk ana dan yang lain yaitu apabila kereta yang dinaiki tiba-tiba mati, hanya kerana wire battery sedikit longgar. Masa tu jam telah pun menunjukkan pukul 6.40pm. Hanya hati ini memuji Allah dan memohon pengampunan dari-Nya. Hati terdetus satu ungkapan, 'Aku telah berdosa pada-Mu, ya Allah'. Terus jer kereta itu hidup dengan sentuhan tangan ini kat wire Battery itu. Alhamdulillah. Kat sini pengajaran tersampai bila ana sendiri melihat muka yang tak da langsung perasaan hampa olehny (naqib; Abg Luqman). 'Aku pun sepatotnya contohi dia nanti (bila dah jadi naqib untuk adik-adik junior nanti)'. Ya Allah, Aku bersyukur punyai Abg senior (naqib) seperti ini agar aku sentiasa mengingatkan aku akan realiti kehidupan dan hidup di dunia yang sebenar.

[Contoh kedua: Pengorbanan untuk sama-sama berkumpul]
Ditunjukkan oleh dua orang kawan ana, Khai dan Shuhaib. Biarpun masing-masing ada kerja masing yaitu seorang perlu ikuti kuliyyah session dan seorang lagi pulak kena pergi ke program penting; Qasidah, tetapi mereka tetap juga mengambil sedikit masa untuk itu untuk berkumpul dan makan bersama di sebuah kedai makan (Ifthor Jam'ie; Ifthor sama-sama) . Mereka menunjukkan pengorbanan yang baik yang mana menjadi menjadi keterharuan dalam hati ana sebagai ketua Usrah minggu ini. Hope nya minggu seterusnya akan ada lagi keterharuan yang mana akan mengajar ana dan yang lain untuk belajar dengan beberapa invidu dalam usrah ini.

[Contoh ketiga: Perlunya ukhuwwah setiap masa]
Bila kita fikir balik apa perlunya ukhuwwah bila mana kita bersendiri.Atas dasar apakah kita perlukan ukhuwwah itu? Ye, ukhuwwah diperlukan tika saat kita berasakan kesunyian. Mengikut kajian Psikologi oleh pengkaji barat, perempuan lebih kepada percakapan yang banyak (Banyak borak sesama mereka) ketika bertemu dan lelaki pula lebih kepada pertemuan dan sesuatu aktiviti sebagai asbab untuk berkawan (berukhuwwah). Lihatlah di situ pun telah zahir asbabnya (sebab-sebab) perlunya ukhuwwah. Tadi, ana telah lihat bahawa ana dan yang lain-lain tak putus-putus bergurau (attack-feedback-attack) antara satu sama lain tuk mewujudkan suasana yang sedikit riuh dan jugak mewujudkan perkongsian idea antara kami sendiri. Alhamdulillah, jawapan yang ana cari selama ini telah pun mencapai hajat (terjawab).

Lihatlah Rasulullah SAW bersahabat dengan para sahabatnya. Ada yang kuat berguaru dengan Rasulullah SAW sehingga mewujudkan kemarahan kita jika kita berada di tempat Rasulullah SAW, tetapi Rasulullah SAW menyambut gurauan itu dengan  reaksi positif. Adapun masa susah, dikongsikan bersama, yang mana Rasulullah SAW lah yang menjadi tempat pengaduan bagi para sahabat yang lain. Itulah contoh yang perlu kita ikuti untuk mencapai kebahagiaan dalam bersahabat. Alhamdulillah, ana telahpun kini bertambah bilangan kawan (sahabat) untuk berkongsi suka dan duka.
Katakan pada diri:

'Aku suka berkawan'

Satay ayam, daging dan ayam

Thursday, November 22, 2012

Seandainya Engkau mengampuni


Ya Allah, apa erti hidup aku ini sedang aku berlaku dosa pada-Mu.
Ya Allah, apa erti mati aku nanti sedang aku tak bersedia untuknya.
Ampunkanlah dosaku...

Itulah antara rinthan dari seorang hamba dan mungkin juga dari kalangan kita. Sebetulnya, tiada rintihan melainkan buat. Tetapi post ini membicarakan tentang bagaimana penyesalan yang kita biasa ungkit-ungkitkan di hadapan Allah, khususnya tika Tahajjud pada Sang Pencipta yang Maha Agung. Sungguh hina kita di hadapan Allah, sedang Allah seronok (suka) mendengar rintihan (doa) dari hamba-Nya. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak sewenang-wenangnya turunkan pertolongan (dan juga memakbulkan doa seseorang hamba itu), hanyalah kerana Allah rindukan rintihan tersebut. Allah suka. Marilah kita sama-sama bayangkan bagaimana sekiranya Allah terus (directly; bayar cash) mengganjarkan (memakbulkan) doa seseorang hamba, tambah pula hamba itu dari kalangan kita ni yang mana apabila diberi nikmat dan pertolongan, terus saja lupa pada waktu selepasnya itu. Ingat, Allah tidak  ciptakan sesuatu perkara melainkan bersebab (ada hikmahnya). Jom kita fikir pasal makhluk Allah yang kecil ini:
Kerengga yang kecil sebegini mampu ikut segala ketetapan Allah, mengapa tidak kita?

Kerengga. Makhluk yang kecil lagi dhaif fizikal tubuh badannya, tetapi adakah mereka ini sentiasa merungut kepada Allah. Mereka hanya hidup atas kehendak yang Allah berikan kepada mereka. Mereka pasrah dengan apa Allah berikan. 'Aku Hanya Seekor Serangga'. Iye, tajuk inilah yang hangat meniti bibir ke bibir masyarakat suatu ketika dahulu. Tetapi berfikirkah kita akan apa maksud tersirat di sebalik tajuk tersebut. Untuk pengetahuan anda, tajuk tersebut dari segi islamiknya adalah membawa maksud dengan penciptaan mereka dengan tubuh badan yang kecil tetapi mampu mengikut ketentuan Allah. Maka, sebagai pemakmur bumi Allah ini, sahutlah seruan Allah SWT untuk sama-sama kita insafi tentang bagaimana untuk sentiasa taat kepada Allah. Memang kitalah (manusia) adalah sebaik-baik ciptaan, kerana diciptakan dengan dua perkara, yaitu apa yang ada pada malaikat dan juga apa yang ada pada Syaitan; sifat yang baik dan nafsu. Subhanallah, Maha Suci Allah SWT, ciptaan-Nya terhadap kita semua penuh dengan keunikan dan hikmahnya. Lihat pula pada foto di bawah ini:

Jantung sebenar manusia- Hasil ujikaji eksperimen kami
 (Biomedical students of IIUM)

Otak sebenar manusia
Inilah antara ujikaji kami tentang apa yang kami pelajari sepanjang pengajian kami. Ini baru sem 1 tahun pertama, apakah lagi keunikan dan kehebatan ciptaan Allah terhadap makhluknya. Sudah tentu banyak! Allahuakbar, Allah Maha Besar.

Kesimpulannya, sentiasalah kita bertaubat kepada Allah selagimana Malaikat tak tarik lagi nyawa kita sampai ke tengkak (pangkalnya) [Ini merupakan terjemahan daripada Hadis Rasulullah SAW]

Ya Allah…Aku berdosa [part 2: Gelora nafsu]



*Renungan berdasarkan apa yang diperhatikan dalam situasi hari ini*
Berdosa dengan mengikuti hasutan nafsu. Ditampar dengan gelora nafsu membuak-buak bukan sesuatu yang aneh dan kekadang berlaku. Dan begitu juga kebiasaannya tak mampu menendangnya kembali. Bukan fizikal diriku yang lemah, tetapi rohaniku. Adakah aku diciptakan untuk menjadi insan yang lemah rohani? Erm.. aku mengalah dengannya. Mengapa pula aku menjadi begitu? Bukankah aku lelaki dan juga mampu mematahkan semua itu? Iye, aku adalah lelaki. Nafsu adalah musuh yang tidak seharusnya dipersatukan dengan aku, walaubagaimanapun nafsu itulah diciptakan Allah untuk manusia. Kebijaksanaan manusialah yang mampu melawannya. Manusia yang rakus pada nafsu yang melampaui batas adalah manusia yang tak bijaksana dalam mengendalikan nafsunya itu.
Adakah nafsu itu kuat atau lemah berdasarkan jantina? Bukan. Ianya bergantung kepada kekuatan iman. Teringat pula ustaz/ustazah cerita dan ajarkan kepada kami (Waktu sekolah dulu-dulu). Mereka banyak ajarkan tentang konsep taqwa. Definisi mudah mereka ajar adalah takut kepada Allah. Perkataan ‘takut’ itulah kami hafal. Ingat taqwa, ingat ‘takut’. Secara panjang lebarnya, taqwa bererti takut kepada Allah dengan membuat apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Jadi, apa kaitannya di sini, antara taqwa dan nafsu? Inilah yang menjadi titik mula seseorang untuk buat sesuatu perkara. Maknanya, seseorang akan mempunyai konflik diri yaitu taqwa vs nafsu. Taqwa itu kekuatan. Bagaikan ilmu persilatan (seni mempertahankan diri), yang kuat melawan segala apa yang berbahaya jika kita mempunyainya dan lemah jika kita tanpanya. Begitu juga dengan nafsu, jika kita tiada kekuatan (taqwa) dalam diri, maka kita hanya menuruti kehendaknya.
Adakah nafsu itu menandakan kita (manusia) itu lemah dan hina? Bukan. Nafsu itu tanda kemuliaan. Bukan nafsu itu kemuliaan tetapi penciptaan kita disertakan nafsu dalam diri itulah kekuatan. Sebab itulah manusia ini lebih elok ciptaannya berbanding malaikat, Jin, syaitan dan makhluk-makhluk lain. Memang ada orang cakap kalau baik kelakuan (perbuatan) seseorang itu, mereka akan cakap, ‘Baiknya kau, macam Malaikat’ dan kalau buruk perangainya, mereka akan cakap, ‘Jahatnya kau, macam syaitan’. Tetapi harus diingat, bukan Malaikat dan iblis itu sifatnya tetapi sifatnya adalah baik dan buruknya. Malaikat ialah makhluk Allah yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan syaitan ialah makhluk Allah yang merosakkan anak Adam (manusia). Syaitan yang menjuruskan diri kita untuk ke arah gelora nafsu, lain pula Malaikat yang menjurus kita untuk kea rah taqwa (jika kita punyai ilmu dan akal fikiran yang waras).
Ya Allah, aku kembali. Gelora nafsu itu aku dapat patahkan dengan iman dan ilmu yang aku tuntut selama ini. Tetapi hanya dengan-Mu aku meminta kekuatan untuk melawan nafsu-nafsu jahat itu. Begitu juga dengan musuh, hanya kekuatan fizikal dan mental mampu melawan. Jika fizikalnya sahaja, ia tidak mencukupi. Tetapi jika kita hanya dengan mental kita hadapi musuh itu, ianya juga tidak mencukupi. Bahkan, harus kita ingat Allah sahaja yang dapat tentukan kita ini kuat ke tak. Oleh itu, kita harus memohon kekuatan daripada-Nya. Memanglah jika kita berdepan dengan gelora nafsu, kita rasakan kita ini kuat tetapi hakikat sebenar adalah ketika ‘sedang berdepan’ dengan nafsu itulah menentukan kita ini kuat atau tak. 

Friday, November 2, 2012

Oh Allah, aku berdosa…(Siri 1)


[Tentang Ujian]

Detik berganti detik, tanpa disedari aku dilanda dosa dan noda. Betapa besarnya dosa yang aku dapat rasakan sehingga aku berasa gelap hatiku. Kerana apa, kerana hanya sengaja detikkan hati ini tuk berfikir bahawa Allah itu tak adil. Hati terdetus, ‘Kenapa aku sering tak dapat apa yang aku cita-citakan selama ini (diuji)’. Terdetusnya itu apabila aku citakan keputusan yang tinggi-tinggi (the best, highest and greatest one). Allah. Baru aku ingat bahawa Allah tak suka bila kita tak mensyukuri dengan apa yang ada walau itu kekurangan bagi kita (tak cukup bagi kita). Sedihnya hati ini selepas menyesali akan apa yang aku lakukan sebelum ini. Allah. Engkaulah yang Maha Bijaksana…

“Jika kamu mensyukuri nikmat-Ku, nescaya akan aku tambahkan lagi nikmat-Ku tetapi jika kamu kufur, ingatlah azabku amatlah pedih”-al-Quran

Selesainya tahu sekarang, aku hanya mendambakan diri terima apa jua ujian (padahal hanya tak lepas target. Bukannya ujian sangat pun). Alhamdulillah. Terima kasih lecturer mak, Aisyah dan Dr Munirah atas nasihat selama ini tentang ujian dan kerelaan.

Kata-kata yang nak dikongsikan bersama:
Mak selalu membacakan dalil yang di atas kpd anak-anaknya suatu tika dahulu. Dan sekarang pulak:
“Selalu fikir positif, akan hadirlah benda yang positif itu”

Tak tertinggal juga kata-kata ini…


“Jangan sesekali melawan takdir (kehendak Allah) Allah terhadap kita. Just follow the flow. Nescaya awak akan dapat rasakan nikmat kejayaan”- Lecturer Anatomy (Biomedical Sc), Dr Munirah.

Beberapa gambar yang tertulis kata-kata yang menginsafkan:

Gambar yang pertama



Bersangka baik dan positif dalam setiap hal.


 Gambar yang kedua (Hadith Rasulullah SAW)



Allah akan jaga orang yang jaga hak-Nya.