SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Sunday, February 26, 2012

Meja Stadi











Alamak! exam da makin dekat...










Jadual dia kena ada sekali nie...hehehe





Nie baru la jadual aku...time nak gi kelas, call roomte, lupe venue kelas kat mane. Kadang-kadang tu msj kat 'Su' tuk kelas math je lar.
Name jer class rep..hehehe





Wednesday, February 22, 2012

Telatah roomates_2: sewaktu bercakap tentang kawen awal (kawen mude)

Kawen mude??
Ni yang kami selalu hebohkan tika hidup di CFSIIUM ni. Tapi banyak jugak benda lain yang kami bualkan, kami ni bukannya teruk-teruk, kami budak yang baik. Tapi kan, bila pikir balik, memang satu keperluan untuk kite kawen muda, ni bukan apa, just nak elak dari benda-benda yang tak sepatotnya berlaku. Tetapi masyarakat sekarang memandang serong kepada yang kawen mude, memang menyedihkan tentang khabar berita ini, Ya Allah.
Nak diceritakan di sini, abang long @ mat su, roomate, pernah berkata,"Bosan aku dengan ni, bangun tidor cakap pasal CINTA, nak tido cakap pasal CINTA,
setiap masa jer cakap pasal ni....". Ni menunjukkan bahawa masyarakat jadi naik menyampah jugak bila kite cakap benda yang sama. Acu kawen mude, ada ke yang cakap pasal kebaikan isteri dye?, amat lah jarang sekali. So, nak gtawnya di sini, kawen la awal, tuk elakkan dari dicemuh masyarakat setempat. Mereka pun naik meluap dengan perangai anak-anak muda yang lalai ni. Sy sendiri pun naik benci tengok tu dan ni. Pening...
Si Zaqwan ni pulak cakap, " Aku, 7 tahun lagi.....". hahaha..memang lucu. Ni kata-kata kecewa atau kata-kata keimanan yang mana nak tetapkan hati untuk tidak sama sekali membiarkan hatinya dibelai oleh perempuan dalam masa 7 tahun ni. Kalau betu lah begitu, bagus lah....
Si Safwan ni pulak, apa lagi, sama aje la ngan Zaqwan tu. Diorang ni siap ada perjajnjian lagi. Nakal oh Nakal. Peliknya sy memikirkan itu, perlu ke kita tetapkn umur?, dengan siapa perlu kita ta'arufkan?...Tak apa, itulah CINTA. Tapi satu jer, jangan sesekali kamu CINTA kepada makhluk (perempuan or vice versa) melebihi dari CINTA kepada Allah dan Rasul-Nya. >asya_amir<

Telatah Roomates aku...

Haa, Terasa Down??



Inilah aktiviti kami, membaca. 'Membaca Jambatan Ilmu',kn?. Walaupun kite tak nampak sgt kat mana jambatan tu, kite kena yakin yang ilmu itu akan membantu kite untuk masa depan!. Kalau tak percaya, tanya lah si dalam gambar ni, En. Zaqwan..hehe

Buku 'Melodi Hati..' idamannya.






Terasa Down lagi??



Tulis aje la besar2 kat kertas A4 tu, then amek gambar dan gtaw kat orang luar sana yep...hehe

Tuesday, February 21, 2012

Telatah roomates

Fuhh! Memang tergelak pabila kite same2 share telatah roomates kite tika belajar di universiti, kolej mahupun asrama sekolah...Ni, sy nak cerita tentang telatah, tapi sy nak describe by pictures jer, boleh?malas plak nak citer lbey2..hehe











Gambar 1>Haa, ni mat derak mane la tersesat lam bilik ni..Jiwang siot dye, cam Awie lam SEMBILU..!hehe










Gambar 2>Ni pulak, aku dengan Safwan (Mat Lutfi), yang dye katakan dye lar yang paling ensem in Room 426(A), cam Aaron Aziz...time makan kat kedai mamak MAHAL!








Gambar 3>Haa, ni time tunggu LRT, macam ni la kami, susah tuk dipisahkan...Ni la 1st time keluar lame giler, 9jam..PWTC (Book Fair), Masjid Jame', KL Sentral dan Mid Valley..time balik yang paling bengang sekali, kene saman...addoiy!









Gambar 4>Gambar yang last ni lar yang paling mahal, mengalahkan potret Mona Lisa kowt..yang wara' tu (tunduk2 tuh), Sufadhli, Abang Long in Room 426 (A).





Inilah kehidupan kami sepanjang sem 3 ni, study, outing, check in dan check out..Harap-harap kami tak akan berpisah kelak, 'Jatuh Bangun Kita Bersama'...>Buat.sahabat.handai_amir<

Karenah sahabat ketika bercinta

Haa, ni pun satu idea yang ideal tuk hasilkan blog ni, 'Karenah Sahabat Ketika Bercinta'. Memang banyak karenah dan tanggapan yang palsu dan tidak benar terhadap mereka yang bercinta, tetapi memang mereka kadang-kadang suka difitnah dan selalu dijadikan cerita mostly yang tak baik.
Ni, sy nak cerita pasal karenah sahabat sy sendiri yang dilamun cinta. Ni pun time sem first, 2010/11, ada la seorang sahabat sy sendiri yang mana dia tu roomate sy, time duk kat Mahallah Abu Bakar, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Karenahnya bermula dengan keysah-keysah yang dia sendiri cerita kat sy. Tapi satu jer perangai orang yang ngah dilamun cinta, yaitu 'gayut'! Haa, bab 'gayut' ni memang tak boleh dihalang. Kawan sy ni bergayut abis dia punye kredit, kadang-kadang rm10 tu dah kira biase la tu. Pastu dia ngan 'bakal isteri' yang dsebut-sebut tu berpakat la nak buat yang DIGI family ke apa entah, tapi yang sure nya dapat kurangkan kos sistem perhubungan.
Secondly, memang tak pernah lekang jugak pada kebanyakan penuntut CINTA, yaitu mesej! Haa, ni pun sapa-sapa yang kuat ke tak ke iman diorang, memang tak boleh nak halang. Sebab tu lah sebahagian Ulama' memberi hukum tu dan ni, yang mana menghuraikan dan mengaitkan hukum dengan situasi yang mana seseorang baru paham apa yang boleh, dan apa yang tak boleh. Mesej ni menurut pandangan alim ulama' yang pernah sy terdengar dari kuliyyah Maghrib dan Subuh, dikatakan bahawa mesej kalau yang tak penting, adalah HARAM. Contohnya, 'Salam, awak sedang buat apa?', 'awak dah tu ,dah ni belum?' n etc..itu lah antara karenah CINTA remaja, CINTA mentah!
Thirdly, hah, ni lagi dahsyat, tabiat yang mengganggu, ada ke patot ada la kawan sy ni, semuanya amek tau pasal 'bakal isteri' dia tu, sampai mengganggu study dia. Jadi, tak menjadi lah segala impian dan cita-cita nya disebabkan lagha kepada Allah SWT dan perintah mak ayah. Sebab tu lah sy masih lagi teringat pada pesanan mak sy, "Amir, perempuan ni melalaikan, perempuan ni boleh menyebabkan jatuhnya seseorang. Seperti yang dalam sejarah dunia, jatuhnya Sheikh Jehan kerana isterinya, jatuhnya kerajaan Iraq (xsilap sy lah) kerana perempuan....", Pastu, sy balas balik apa yang mak sy ckp, "Mak, jangan risau, Amir selalu doakan tuk Allah selalu jaga dan halang hati Amir ni dari diserahkan kepada yang batil....". Lantas mak sy tersenyum kerana gembiranya kepada apa yang sy ckp sebab nak bagi kebahagiaan kepada mak, jangan sesekali buat hati mak terfikir-fikir apa yang buruk..
>asya_amir<

Saturday, February 18, 2012

Kata-Kata buatmu, SAHABAT...

Sebelum matamu terlelap dari kesibukan dunia,
Ingatlah Tuhanmu yang menjadikan siangmu diwarnai dengan cabaran sebagai TARBIYAH dari-Nya,
Yang menjadikan malammu indah dengan cinta, kasih dan sayang dari-Nya,
Apa yang didamba selain cinta seorang hamba buat sang Pencipta...

Zikrullah, basahkanlah lidahmu dengan rentak kalamullah...
Moga kita menjadi pengemis CINTA ILAHI, perindu syahid sejati.

Semoga Allah memberkati hidupmu...Amin=) >amir<

Cerita kawan-kawan 1-pasal CINTA

Haa, ni kisah kawan ana sendiri, memang lucu. Ceritanya camni, dia ada menulis kata-kata, entah kata-kata sedih ataupun pembakar semangat dia. Selalu jer ana baca berulang kali untuk difahami, apa lah yang diorang bincangkan sebelum kehadiarnku dalam bilik ni?, adakah diorang menahan sesuatu bagi mereka yang dah sesuai bagi mereka untuk dilamun CINTA?...erm...Ayatnya:

"Raihlah cinta Allah, Cinta padanya akan Allah datangkan padamu"-si A

Ada pulak seorang lagi kawan ana tlis kat meja study dia:

"Masih terlalu awal untuk dilamun cinta. Sedor ler...masih banyak lagi komitment dan tanggungjawab yang harus dipikul dan diselesaikan terlebih dahulu...."-si B

seorang lagi tak tulis tapi just bagi nasihat:

"Anggap kawan dahulu...kalau mu berani, katakan saje pada dia, 'aku suka kamu'.."-si C

Ini sume kerana CINTA...apa nak dikata kalau diorang dah menolak CINTA dan nafsu awal-awal lagi, ana resprct kat diorang, camane diorang dapat tahan dengan tiada CINTA kat universiti ini. Bagi ana, susahnya untuk tolak mentah-mentah, sungguh terlalu sukar! Xpe, yang penting itu pendapat masing-masing towards CINTA. Hah!, ni cerita pasal kawan-kawan ana je ni, anda camane?..hehe >amir<

Thursday, February 16, 2012

Perihal sahabat

Mengekalkan persahabatan
Saling memberi kebebasan persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya.

Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya
jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan rasa Cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh.

Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami
untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.