SAHABAT...

Jika dikaitkan dengan kita ini, sahabat yang diertikan itu adalah teman yang memberi manfaat kepada kita, selalu sokong perilaku baik kita dan menghalang perilaku buruk kita, itulah sahabat!

Follow me also at twitter, ok! ^_^
https://twitter.com/AARalfarouq

Pesanan: Jangan menyalah tafsirkan blog ini, blog ini sebagai satu medium yang boleh mengeratkan balik hubungan SAHABAT HANDAI kami. Kalau tak paham, sila post'kan COMMENTS anda.



Published by: Amir Asyraf Ramli al-Farouq

Tuesday, February 21, 2012

Karenah sahabat ketika bercinta

Haa, ni pun satu idea yang ideal tuk hasilkan blog ni, 'Karenah Sahabat Ketika Bercinta'. Memang banyak karenah dan tanggapan yang palsu dan tidak benar terhadap mereka yang bercinta, tetapi memang mereka kadang-kadang suka difitnah dan selalu dijadikan cerita mostly yang tak baik.
Ni, sy nak cerita pasal karenah sahabat sy sendiri yang dilamun cinta. Ni pun time sem first, 2010/11, ada la seorang sahabat sy sendiri yang mana dia tu roomate sy, time duk kat Mahallah Abu Bakar, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Karenahnya bermula dengan keysah-keysah yang dia sendiri cerita kat sy. Tapi satu jer perangai orang yang ngah dilamun cinta, yaitu 'gayut'! Haa, bab 'gayut' ni memang tak boleh dihalang. Kawan sy ni bergayut abis dia punye kredit, kadang-kadang rm10 tu dah kira biase la tu. Pastu dia ngan 'bakal isteri' yang dsebut-sebut tu berpakat la nak buat yang DIGI family ke apa entah, tapi yang sure nya dapat kurangkan kos sistem perhubungan.
Secondly, memang tak pernah lekang jugak pada kebanyakan penuntut CINTA, yaitu mesej! Haa, ni pun sapa-sapa yang kuat ke tak ke iman diorang, memang tak boleh nak halang. Sebab tu lah sebahagian Ulama' memberi hukum tu dan ni, yang mana menghuraikan dan mengaitkan hukum dengan situasi yang mana seseorang baru paham apa yang boleh, dan apa yang tak boleh. Mesej ni menurut pandangan alim ulama' yang pernah sy terdengar dari kuliyyah Maghrib dan Subuh, dikatakan bahawa mesej kalau yang tak penting, adalah HARAM. Contohnya, 'Salam, awak sedang buat apa?', 'awak dah tu ,dah ni belum?' n etc..itu lah antara karenah CINTA remaja, CINTA mentah!
Thirdly, hah, ni lagi dahsyat, tabiat yang mengganggu, ada ke patot ada la kawan sy ni, semuanya amek tau pasal 'bakal isteri' dia tu, sampai mengganggu study dia. Jadi, tak menjadi lah segala impian dan cita-cita nya disebabkan lagha kepada Allah SWT dan perintah mak ayah. Sebab tu lah sy masih lagi teringat pada pesanan mak sy, "Amir, perempuan ni melalaikan, perempuan ni boleh menyebabkan jatuhnya seseorang. Seperti yang dalam sejarah dunia, jatuhnya Sheikh Jehan kerana isterinya, jatuhnya kerajaan Iraq (xsilap sy lah) kerana perempuan....", Pastu, sy balas balik apa yang mak sy ckp, "Mak, jangan risau, Amir selalu doakan tuk Allah selalu jaga dan halang hati Amir ni dari diserahkan kepada yang batil....". Lantas mak sy tersenyum kerana gembiranya kepada apa yang sy ckp sebab nak bagi kebahagiaan kepada mak, jangan sesekali buat hati mak terfikir-fikir apa yang buruk..
>asya_amir<

No comments:

Post a Comment